Lagi mangsa Macau Scam: Penjawat awam rugi hampir RM30,000

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Qulity Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

johorbahru Seorang penjawat awam rugi RM28,600 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis di sini, semalam.

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, wanita berusia 35 tahun itu membuat laporan polis berhubung penipuan berkenaan di Balai Polis Tampoi pada 8.40 malam tadi.

Menurutnya, kejadian bermula apabila wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki menerusi talian +08795052222 yang memaklumkan kononnya dia mempunyai tunggakan cukai pendapatan RM16,000. "Panggilan kemudiannya disambungkan kepada talian yang kononnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang, dan wanita itu kemudiannya berurusan dengan seorang lagi lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dengan memperkenalkan dirinya sebagai ASP Ismail," kata dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, seterusnya wanita itu diberitahu kononnya dia terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram serta kes dadah dan lantaran itu, suspek meminta dia membuat pembayaran. "Wanita itu turut diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang berdekatan untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Maybank diberikan, dan kira-kira jam 5.28 petang semalam, wanita itu memindahkan RM28,600 ke dalam akaun berkenaan," katanya dan menambah kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY
 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.