Krisis air sejak tiga tahun lalu, penduduk kecewa mahu jual rumah - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kebanyakan yang terkesan ialah mereka yang tinggal di tingkat atas kerana tekanan air yang sampai terlalu rendah hingga ada kalanya tidak ada air langsung.

Demikian dihadapi lebih 200 penduduk di Taman Seri Putera di sini dengan krisis air yang tidak menentu sejak tiga tahun lalu.

Masalah keperluan asas itu ternyata menyusahkan kehidupan mereka terutama yang mendiami rumah dua tingkat jenis ‘town house’ yang dibangunkan sejak 2014 sehingga ada dalam kalangan penduduk berhasrat menjual rumah kerana terlalu kecewa. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Putera, Zihan Jaafar, 40, berkata, bukan sekali malah ada penduduk yang pernah membuat aduan sehingga lima kali berhubung isu itu kepada pihak berkenaan.“Masalah ini tidak pernah berlaku sebelum ini, namun menjadi serius selepas beberapa fasa perumahan baharu dibangunkan di sini sejak tiga tahun lalu.

“Kebanyakan yang terkesan ialah mereka yang tinggal di tingkat atas kerana tekanan air yang sampai terlalu rendah hingga ada kalanya tidak ada air langsung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Jelas Zihan, pemaju kawasan perumahan telah sedia maklum mengenai isu tersebut, namun difahamkan menunggu hasil siasatan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang untuk mengetahui punca sebenar masalah itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Pemaju sudah untung, tidak ambil peduli hal pembeli, penduduk.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.