Covid-19

Covid-19

KPM bersiap sedia buka semula sekolah | The Malaysian Insight

KPM bersiap sedia buka semula sekolah

24/5/2020 4:57:00 AM

KPM bersiap sedia buka semula sekolah

Sekolah Seri Puteri dan SMK Bandar Baru Bangi dalam proses penilaian pelaksanaan garis panduan kesihatan ditetapkan kerajaan.

Salin URLMenteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin mendedahkan yang beliau melawat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan SMK Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 Mei lalu untuk menilai sama ada kedua-dua sekolah itu bersedia mematuhi garis panduan kesihatan. – Gambar Facebook, 24 Mei, 2020.

Syukur diberi peluang hulur bantuan MACC officers called me pig, threatened to slap me, says Syed Saddiq’s aide | The Malaysian Insight UUM bans professor from making 'political posts' on social media

KEMENTERIAN Pendidikan sudah mula memeriksa sekolah untuk menilai sama ada ia bersedia untuk dibuka semula.Dalam catatandi Facebooknya semalam,Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin mendedahkan yang beliau melawat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan SMK Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 Mei lalu untuk menilai sama ada kedua-dua sekolah itu bersedia mematuhi garis panduan diberikan KKM dan Kementerian Kesihatan untuk dibuka semula.

“Apa yang penting KPM ingin memastikan semua sekolah mematuhi garis panduan yang telah disediakan,” katanya.Jelas Radzi lagi, Sekolah Seri Puteri yang merupakan sekolah berasrama penuh dipilih untuk dinilai pelaksanaan persediaan di asrama, dewan makan dan asrama. Manakala, SMK Bandar Baru Bangi yang merupakan sekolah harian untuk aspek persiapan kelas, kantin dan persekitaran sekolah.

“Dua sekolah ini adalah antara yang dipilih untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah disediakan. Setiap pergerakan pelajar diperincikan. Sebarang perkara yang perlu penambahbaikan telah diberi perhatian,” katanya.Beliau sebelum ini dilaporkan berkata antara syarat sekolah dibuka adalah hanya maksimum 20 pelajar dibenarkan berada dalam kelas, tiada perhimpunan dan kantin akan menyediakan makanan berbungkus untuk pelajar.

Beliau juga sudah bertemu KKM dan Majlis Keselamatan Negara awal minggu ini untuk membincangkan isu pembukaan dan SOP untuk sekolah selepas perintah kawalan pergerakan dibatalkan.Sementara itu,The Starmelaporkan walaupun pemeriksaan sekolah sedang dijalankan, guru masih belum menerima garis panduan dan SOP untuk kelas disambung semula.

“Ia masih perbincangan dalaman Kementerian Pendidikan,” kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan dipetik akhbar itu. – 24 Mei, 2020. Read more: TheMalaysianInsight »

SOP mesti diperketatkan baru parents ada confidence nak lepaskan anak belsjar semula di sekolah. Mungkin

Putrajaya batal penggabungan UMT-UniSZAMenteri pengajian tinggi berkata, keputusan membatalkan penggabungan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada. FMTNews UMT UniSZA

Kes Covid-19 di Singapura kini lebih 30,000 | The Malaysian Insight

Travel ban to prevent post-Raya surge in virus cases, says Noor Hisham | The Malaysian InsightTravel ban to prevent post-Raya surge in virus cases, says Noor Hisham

Sri Petaling tabligh cluster sees 12 new Covid-19 cases | The Malaysian InsightTotal infections from the cluster now at 3,359, says health D-G. Imbeciles

Kluster tabligh Seri Petaling lapor 12 kes baharu Covid-19 | The Malaysian InsightKluster Seri Petaling kini merekodkan 3,359 kes Covid-19 di Malaysia.

UK to introduce 14-day quarantine for international arrivals | The Malaysian InsightTravellers are to make own arrangements, says Northern Ireland secretary Brandon Lewis. So slow