Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 32 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pelancaran kedua seumpamanya dalam tempoh seminggu selepas Pyongyang menguji peluru berpandu hipersonik.

Ia merupakan pelancaran kedua seumpamanya dalam tempoh kurang seminggu selepas Pyongyang melaporkan menguji peluru berpandu hipersonik.Pengawal pantai Jepun juga melaporkan pelancaran itu dengan mendakwa Korea Utara melepaskan `objek menyerupai peluru berpandu balistik’.

Ia berlaku sejurus selepas enam negara mengeluarkan kenyataan mendesak Korea Utara untuk menghentikan tindakan yang `mengancam kestabilan’. “Pasukan tentera kami mengesan peluru berpandu balistik yang disyaki dilancarkan oleh Korea Utara dari darat ke arah Laut Timur,” jelas Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Tambahnya, agensi perisikan dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat dalam proses menjalankan analisis terperinci. Pelancaran baharu itu menyokong ikrar dibuat pemimpin Kim Jong-un untuk memperkukuhkan pertahanan Korea Utara sebagai sebahagian keutamaan dasar negara itu bagi tahun ini. – AGENSI

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.