Klinik caj RM180 setiap kali 'suntik' vaksin palsu

Klinik caj RM180 setiap kali 'suntik' vaksin palsu

18/1/2022 12:17:00 PM

Suspek terdiri daripada tiga penerima vaksin dan pemilik klinik itu sendiri. Turut dirampas ketika serbuan ialah kad vaksinasi dan lain-lain dokumen berkaitan.

Klinik caj RM180 setiap kali 'suntik' vaksin palsu

Kesemua individu terbabit berumur dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an ditahan selepas polis dan Jabatan Kesihatan negeri menerima laporan pada pukul 11.19 pagi kelmarin.Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, klinik itu dipercayai menawarkan perkhidmatan dengan caj RM180 bagi setiap suntikan kepada pelanggannya.

“Antara 1 Oktober 2021 hingga 11 Januari lalu, Jabatan Kesihatan menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai sijil vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di Kota Bharu dengan caj RM180 setiap suntikan.“Hasil semakan lanjut pihak Jabatan Kesihatan negeri, individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Read more: Utusan Malaysia »

Cops rescue two children, mother and grandaunt arrested for suspected abuse

GEORGE TOWN: Two children with bruises and injuries on their body and face were rescued by police from a unit in Rifle Range flats here. Read more >>

Bagi lagi la kat GP..kan mcm2..

7 ditahan terlibat jual sijil vaksin Covid-19 palsu | The Malaysian InsightBayaran RM500 dikenakan untuk mereka mendapatkan sijil digital MySejahtera tanpa perlu disuntik vaksin.

MMA gesa pesalah jual sijil vaksin dikenakan hukuman berat | Harian Metrokualalumpur covid19 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci kes penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu dan seterusnya membawa pesalah ke muka pengadilan Sembang sopa buto DGHisham I share here just in case ada memerlukan swab di rumah , PCR OR RTK-antigen 🙏

Suntikan dos keempat vaksin Covid-19 juga kurang berkesan cegah OmicronSuntikan dos keempat vaksin Covid-19 juga kurang berkesan cegah Omicron nampaknya kita perlukan dos kelima dan keenam.

Pengusaha bas sekolah mahu kerajaan bantu turunkan caj insuransPengusaha bas sekolah mahu kerajaan bantu turunkan caj insurans

Tipu sijil vaksin dianggap berdosaPerbuatan menipu sijil ini juga boleh mendedahkan diri dan orang lain kepada bahaya, di samping memberikan kesan buruk masyarakat dan negara.

Poliklinik tawar sijil vaksinasi MySejahtera diserbu“Setiap mereka yang ke klinik berkenaan, pada peringkat awal dikenakan bayaran sebanyak RM3,000, tetapi kemudian berdasarkan kenyataan diberikan oleh mereka berkenaan, harganya diturunkan sehingga RM500.'

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan empat individu termasuk seorang pemilik sebuah klinik kesihatan swasta, di sini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengeluaran sijil vaksinasi Covid-19 palsu, Ahad lalu. Kesemua individu terbabit berumur dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an ditahan selepas polis dan Jabatan Kesihatan negeri menerima laporan pada pukul 11.19 pagi kelmarin. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, klinik itu dipercayai menawarkan perkhidmatan dengan caj RM180 bagi setiap suntikan kepada pelanggannya. “Antara 1 Oktober 2021 hingga 11 Januari lalu, Jabatan Kesihatan menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai sijil vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di Kota Bharu dengan caj RM180 setiap suntikan. “Hasil semakan lanjut pihak Jabatan Kesihatan negeri, individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kata Shafien, bertindak atas laporan, polis bersama pegawai Jabatan Kesihatan negeri membuat serbuan ke atas klinik tersebut sebelum menangkap keempat-empat suspek. “Suspek terdiri daripada tiga penerima vaksin dan pemilik klinik itu sendiri. Turut dirampas ketika serbuan ialah kad vaksinasi dan lain-lain dokumen berkaitan,” ujarnya. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sijil vaksinasi palsu untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE