Keutamaan tadabbur al-Quran

Addin

AL-QURAN dipelihara dengan dua keadaan, iaitu terpelihara dalam mashaf (fis sutur) dan dalam dada penghafaz al-Quran (fis sudur).

Addin

24.3.2020

Addin Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca malahan dituntut supaya difahami, dihayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan ini.

AL-QURAN dipelihara dengan dua keadaan, iaitu terpelihara dalam mashaf (fis sutur) dan dalam dada penghafaz al-Quran (fis sudur).

Bagaimanapun kitab suci ini bukan sahaja digalakkan untuk menghafaznya, malahan setiap Muslim dituntut memahami maksud kalimah al-Quran dibaca serta mentadabbur ayat-ayatnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta mentadabbur, antaranya ialah sepotong ayat yang bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” ( Surah Sad, ayat 29 ). Dalam ayat yang lain, Allah berfirman bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datangnya bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” ( Surah an-Nisa, ayat 82 ). Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca malahan dituntut supaya difahami, dihayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan ini. Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu serta hikmah daripadanya. Manusia perlu melakukan tadabbur dengan meneliti dan menghayati isi kandungan al-Quran secara mendalam agar petunjuk yang diberikan Allah SWT dalam kitab suci al-Quran al-Karim itu dapat memperteguhkan keimanan kita kepada Allah SWT. Di samping itu, penelitian dan tadabbur terhadap ayat suci al-Quran al-Karim akan menginsafkan betapa kerdilnya manusia dan betapa Agung-Nya Allah SWT yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Menurut Syeikh Habannakah, Tadabbur ialah proses pemikiran mendalam, penelitian dan penghayatan terhadap isyarat daripada ayat al-Quran setelah memahami maksud ayat menerusi tafsir. Tadabbur dapat menyingkap rahsia, mukjizat dan tuntutan sebenar al-Quran. Perkataan tadabbur hanya digunakan terhadap ayat al-Quran, sebaliknya perkataan digunakan untuk proses yang sama terhadap perkara lain ialah tafakkur. As-Suyuti (911H) menyatakan bahawa tadabbur melibatkan penelitian mendalam yang membabitkan unsur hati. Hati yang serta-merta tunduk mentaati Allah hasil tadabbur akan menambahkan iman dan penghayatan amalan. Kajian dan tadabbur terhadap al-Quran sentiasa menghasilkan penemuan kepada keajaiban al-Quran. Hal ini menunjukkan bahawa al-Quran mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadikannya mukjizat terulung yang diturunkan Allah SWT. Allah mencabar Musyrikin Quraish untuk mendatangkan kata-kata seumpama al-Quran dalam firman-Nya bermaksud: “(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti al-Quran itu, jika betul mereka orang yang benar dakwaannya.” ( Surah At-Tur, ayat 34 ). Cabaran ini diulang lagi dalam surah Hud ayat 13 dan surah al-Baqarah ayat 23. Allah mencabar mereka untuk mendatangkan 10 surah yang sama seperti al-Quran. Apabila mereka gagal, cabaran itu dikurangkan kepada satu surah sahaja. Akhirnya kegagalan mereka ini dihuraikan dalam surah al-Isra’ ayat 88 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” Al-Tabari menegaskan dalam tafsirannya kepada ayat 14 Surah Hud bahawa apabila manusia gagal untuk menjawab semua cabaran itu, hendaklah mereka sedar bahawa al-Quran itu diturunkan Allah Yang Maha Berkuasa. Nabi Muhammad SAW tidak mereka-reka al-Quran kerana tiada manusia yang mampu melakukannya. Firman Allah bermaksud: “Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan al-Quran), maka ketahuilah bahawa al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah dan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? ( Surah Hud, ayat 14 ). Justeru setiap penelitian yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran termasuk dalam tadabbur. Di sinilah terbukti keunikan al-Quran. Ia mencabar bangsa Arab yang terkenal hebat dan mahir berbahasa dengan bahasanya sendiri. Bahkan setiap huruf al-Quran, frasa dan ayat-ayatnya sentiasa mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tidak mungkin manusia dapat menukar ganti kedudukan, bentuk bahkan baris setiap perkataan al-Quran. Penulis adalah Pensyarah Kanan I’jaz al-Quran Universiti Putra Malaysia Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 7:15 AM Popular Read more: Harian Metro

Covid-19: Larangan solat jemaah di Masjid Al-AqsaIsrael melaporkan 62 kes baru Covid-19 pada Ahad, menjadikan angka kes positif wabak berkenaan kepada 945 kes. FMTNews Masjid Semua tempat ibadat kena ban...

King raises concern over cases of frontliners being infected by Covid-19KUALA LUMPUR: The Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah has expressed his sadness and concern over the news that several healthcare workers from the Health Ministry and private healthcare facilities have been infected by Covid-19.

Agong bimbang kesihatan petugas barisan hadapanYANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa kesedihan dan kebimbangan baginda berikutan kes jangkitan Covid-19 yang kini sudah membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas fasiliti kesihatan swasta.

Agong: We will get through this togetherKUALA LUMPUR: Two days after delivering his Royal Address on television and radio advising the public to comply with the Movement Control Order (MCO), the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah took to social media to send out a similar message. Daulat Tuanku!

Jakim launches Covid-19 fund to help Malaysia’s Muslims in need | Malay MailKUALA LUMPUR, March 24 — The Malaysian Department of Islamic Development (Jakim) has launched a fund to help Muslim communities affected by the Covid-19 outbreak. In a press conference today, Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri... Sigh... Can't they help ALL MALAYSIANS instead They more we give away, the more is given to us. Thank you drzul_albakri

Selami kehidupan anak yatimSERAMAI 33 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia (PJJ-UUM) Kuala Lumpur menganjurkan program pembangunan masyarakat Masih Ada Yang Sayang bersama penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Insan Al-Rahmat, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini. 🤔🤔 program 4 Januari siar waktu ni. Habis orang salah faham. Reporter ni pun celakoi... 4jan ko siar kan skrg. Kalau org salah faham mcm mana? Bodoh



Vivy Yusof mohon maaf

Hanya balas dengan emoji sedih

Bersih concerned over politicians plastering their faces on Covid-19 relief items

Bazar Ramadan, Aidilfitri di Kedah dibatalkan

Politicians should halt their cheap publicity stunts

Terima kasih 'lembaga putih'

Ramadan bazaar issue taken out of context, says FT Minister

Write Comment

Thank you for your comment.
Please try again later.

Latest News

News

25 March 2020, Wednesday News

Previous news

Singapore report 49 new cases as stricter measures introduced | The Malaysian Insight

Next news

LHDN tutup Hasil Care Line mulai Khamis
Covid-19: 208 new cases, 5 deaths, 122 recoveries Tough times for 'Hello Kitty' Endon Preacher Ebit Lew helps family of three to find home 208 new Covid-19 cases reported Malaysia to use experimental antiviral drug Remdesivir on Covid-19 patients soon MOH did what? Ministry’s Twitter admin has a bit of fun with 'Doraemon voice' Wildlife sanctuaries appealing for funds to survive MCO Handcuffs for Dr Ong, microphone for Minister Zuraida, jail for 18-year-old youth Reconsider 10km movement restriction, says health coalition Minister: Govt feels for local businesses, but will not compromise on safety of Malaysians | Malay Mail Will the MCO be extended? Ditahan keluar beli topup
Vivy Yusof mohon maaf Hanya balas dengan emoji sedih Bersih concerned over politicians plastering their faces on Covid-19 relief items Bazar Ramadan, Aidilfitri di Kedah dibatalkan Politicians should halt their cheap publicity stunts Terima kasih 'lembaga putih' Ramadan bazaar issue taken out of context, says FT Minister Mujahid: Catch Covid-19 and put in bottle? I don't know whether to laugh or cry 142 positif Covid-19, 108 discaj hari ini 'Saya bersyukur menjadi seorang muslim' - Williams Charging into the fray 'Lupakan bazar Ramadan' - Sultan Johor