Kes bunuh di London bukti tempat awam masih tidak selamat bagi wanita

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Aktivis berkata, lebih banyak usaha perlu dilakukan di Malaysia sendiri untuk melindungi wanita daripada gangguan di tempat awam. FMTNews SarahEverard

Kes pembunuhan Sarah Everard yang berprofil tinggi di London menyaksikan golongan wanita sedunia mencetuskan gelombang di media sosial.

Aktivis K Balasupramaniam menyatakan bahawa kes gangguan di jalanan sebenarnya lebih lazim di negara ini berbanding di United Kingdom. Beliau menasihatkan agar orang ramai sentiasa memaklumkan rakan atau ahli keluarga tentang keberadaan mereka pada larut malam, supaya kehilangan mereka akan dapat dikesan.

“Jika tidak, kes seperti Sarah akan muncul semula. Masa dan tempatnya mungkin berbeza, tetapi peluang dan jenayahnya akan tetap sama.” Menurut tinjauan WAO dan Vase.ai yang melibatkan 1,008 rakyat Malaysia Disember lalu, lebih daripada satu pertiga daripada jumlah responden pernah dihendap dan merasa tidak selamat sendirian di tempat awam.

Tambah beliau, pelulusan undang-undang berkaitan jenayah hendap dan akta gangguan seksual, serta mekanisme ganti rugi yang tepat, sangat penting bagi memastikan keselamatan wanita di Malaysia.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.