Kerjasama negara Teluk dan ASEAN perlu diperkukuh - Hishammuddin - Utusan Digital

Kerjasama negara Teluk dan ASEAN perlu diperkukuh - Hishammuddin

20/11/2021 2:14:00 PM

Kerjasama negara Teluk dan ASEAN perlu diperkukuh – Hishammuddin

Kerjasama negara Teluk dan ASEAN perlu diperkukuh - Hishammuddin

Menteri Pertahanan itu menyifatkan kerjasama antara dua rantau ini dalam menangani isu-isu seperti penularan wabak Covid-19, ancaman pengganas dan pertembungan kuasa-kuasa besar masih kurang.Justeru, beliau mencadangkan dua rantau ini supaya membina dan menggalakkan kerjasama, memupuk keyakinan dan membina kepercayaan serta kepimpinan.

“Sebagai contoh, dalam mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) baru-baru ini, Malaysia mencadangkan agar semua Angkatan Tentera ASEAN bekerjasama melalui kerjasama ketenteraan, sebagai blok serantau yang terdiri daripada 10 negara untuk berkongsi dan belajar daripada pengalaman mereka dan melihat ke hadapan untuk masa depan dari segi perkembangan baharu tentang Covid-19, khususnya mengenai ujian, vaksin dan rawatan.

“Ini boleh diperluaskan antara kesemua 10 anggota ASEAN dengan negara-negara Teluk, dan hari ini sahaja, Malaysia dan Indonesia memberi komitmen sebagai pemangkin kepada kerjasama Teluk-ASEAN yang lebih besar,” katanya ketika berucap di Dialog Manama anjuran International Institute for Strategic Studies di Bahrain, hari ini. headtopics.com

Do Covid-19 self-test before and after holiday, recommends expert | Malay Mail

Pada masa sama, katanya, Malaysia juga menjadi antara rakan kongsi terawal dalam Gabungan Global Menentang DAESH apabila ia ditubuhkan pada September 2014 selain menjadi negara pertama yang menyertai Gabungan Anti Keganasan Ketenteraan Islam (IMCTC) pada 2016.

“Dengan keahlian kini sebanyak 41 negara, IMCTC adalah satu-satunya barisan pan-Islam yang menentang keganasan dengan sekretariat tetap yang berpangkalan di Riyadh. Saya dengan sukacitanya menyatakan bahawa Malaysia sedang mengkaji bagaimana ia boleh memainkan peranan yang lebih bermakna dalam memerangi keganasan melalui IMCTC,” katanya.

Katanya lagi, Our Eyes yang dibentuk pada 2018 merupakan inisiatif yang telah mengumpulkan pasukan keselamatan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand untuk perkongsian risikan bagi memerangi keganasan dan radikalisme.Malah, katanya, Malaysia dan Indonesia juga bersetuju untuk menghidupkan dan memperkukuh Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang dibentuk oleh Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk memastikan keselamatan Laut Sulu dan Sulawesi.

Sabah orders schools with Covid-19 clusters to close | New Straits Times

“Hari ini, saya percaya bahawa kita telah mencapai satu persimpangan, di mana kita harus serius meneroka hubungan antara inisiatif dalam ASEAN dan pasukan keselamatan negara-negara Teluk. Kita mesti membina kepercayaan yang telah kita usahakan dan dipupuk selama beberapa dekad. headtopics.com

“Sekurang-kurangnya, kita mesti meluaskan perkongsian risikan antara agensi keselamatan dengan cara yang tepat pada masanya dan sistematik, terutamanya dalam memerangi ekstremisme dan keganasan.“Malah, hubungan antara Teluk dan Asia Tenggara akan menjadi sinergi yang kuat dalam memerangi keganasan dan ekstremisme untuk keselamatan global yang lebih luas,” katanya.

Namun, beliau berkata, kerjasama Teluk-ASEAN hanya dapat diwujudkan jika pemimpin di kedua-dua belah pihak benar-benar percaya antara satu sama lain.“Kepimpinan penting terutamanya apabila dunia perlahan-lahan pulih daripada pandemik. Kami memerlukan lebih ramai pemimpin untuk melaburkan masa dan tenaga untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh antara Teluk dan Asia. Kami memerlukan pemimpin yang berkongsi visi bahawa Teluk yang makmur dan stabil, akan mempunyai kesan positif untuk Asia dan dunia.

Health ministry identifies 62 new VOCs from Jan 25-28 | New Straits Times

“Hubungan ini mesti serampang dua mata, satu untuk kemakmuran ekonomi, dan satu lagi untuk keselamatan, untuk menjamin kestabilan dan keamanan. Ia juga mestilah pelbagai peringkat, bukan sahaja di peringkat teratas, tetapi melalui pelbagai peringkat kerajaan, komuniti perisikan, perniagaan dan masyarakat awam,” katanya.

Tambahnya, negara Teluk dan ASEAN juga perlu memupuk golongan belia dengan membimbing generasi pemimpin akan datang untuk lebih memahami kerumitan kedua-dua rantau ini dan menjalin hubungan dengan pemimpin baharu.“Pemimpin, termasuk saya sendiri, mesti mempunyai pandangan jauh untuk memberi kepercayaan kepada generasi muda, kerana langkah mengekalkan kestabilan dan meningkatkan kemakmuran ini bukanlah tanggungjawab satu generasi. headtopics.com

Read more: Utusan Malaysia »

Fight on expressway: Police detain five men [NSTTV] | New Straits Times

GEORGE TOWN: Police have detained five men to assist investigations into a fight between a group of men during a road accident at the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway here yesterday. Read more >>

Budaya ekstrem perlu dihentikan -Wan Saiful - Utusan Digital“Saya menerima aduan daripada petugas kami mengenai kerosakan poster-poster, kain rentang dan tiang bendera Perikatan Nasional di Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana. Kejadian ini mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.” 🤣🤣🤣🤣 lawak lah geng periKATAK NASIONAL NI

Keputusan kurnia tanah, rumah RM100 juta kepada Najib perlu dibatalkan - Utusan Digital'Saya minta Perdana Menteri batalkan dengan segera keputusan untuk mengurniakan RM100 juta wang rakyat, wang negara dan wang pembayaran cukai kepada seorang yang telah dan sedang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi.'

Turtle Lab kolaborasi pemuliharaan jadi rujukan penyelidik tempatan, luar negara - Utusan DigitalTurtle Lab kolaborasi pemuliharaan jadi rujukan penyelidik tempatan, luar negara

Korea Utara kecam tindakan negara longgar perintah berkurung lebih awal - Utusan DigitalKorea Utara kecam tindakan negara longgar perintah berkurung lebih awal

Masjid Malaysia di Afghanistan simbol hubungan erat kedua-dua negara - Utusan DigitalMasjid bernilai RM1.3 juta itu merupakan hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk Afghanistan

Nong Yai disahkan ladang ganja pertama negara, bagi tujuan perubatan - Utusan DigitalIa boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk produk ganja perubatan dan ia selamat untuk pengguna. 👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻🤦🏼‍♂️