Kereta remuk, wanita warga emas hanya cedera ringan - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Akibat pelanggaran, kenderaan mangsa telah berpusing sebelum terbabas ke dalam parit.

Itu gambaran tepat buat seorang suri rumah yang hanya mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan meskipun kereta yang dinaikinya remuk teruk.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Permatang Buloh, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, ketika kejadian kereta jenis Perodua Viva dinaiki mangsa sedang menuju ke Kepala Batas dari arah Jalan Permatang Tiga.

Bagaimanapun menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melanggar belakang sebuah lori sampah yang berhenti di sebelah kiri jalan.“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka pada kedua-dua belah tangan, kaki, kepala serta sakit di bahagian dada dan seluruh badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas 1959. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tulang rusuk bayi patah 71 akibat ‘digoncang’ ibu bapa - Utusan DigitalTulang rusuk bayi patah 71 akibat ‘digoncang’ ibu bapa
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Bapa Irwansyah meninggal dunia akibat Covid-19 - Utusan Digital“Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah, semua tunduk kepada-Nya.' inalilahiwainalilahirojiun marshallreds Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tiga warga asing ditahan terlibat pergaduhan - Utusan DigitalSeorang lelaki warganegara Sri Lanka yang merupakan pekerja di kilang tersebut turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dilaporkan stabil.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PKD Pontian hanya panggil kontak rapat - Utusan DigitalSemalam, tular dalam media sosial yang meminta orang ramai tidak memasuki Kampung Seri Bunian disebabkan seluruh penduduk kampung perlu menjalani ujian calitan yang dikhuatiri boleh mencetuskan kluster baharu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Harimau Selatan mahu lepas 'geram' dalam liga domestik - Utusan DigitalBerita buruk buat 'musuh' JDT, ibarat harimau luka, Johor bersedia melebarkan rekod kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut selepas langkah di ACL terhenti.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

UMNO bukan pak sanggup tadah kegagalan PN - Utusan DigitalDalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO seolah-olah perlu dipertanggungjawabkan disebalik kegagalan kerajaan PN dan secara halus 'jenama' UMNO cuba ‘dikambing hitamkan’. ckp je terus... kamu dan najib marah tsmy pasal teruskan pendakwaaan kes menyamun hasil nagara Dah dah la tu pak jahid berpolitik baik kamu bantu rakyat dari bercakap je .dah la kamu tu lialibiliti kpd umno
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »