Kerajaan tentukan agihan vaksin Sinopharm

Kerajaan tentukan agihan vaksin Sinopharm

25/1/2022 2:37:00 PM

'Pihak jawatan kuasa ini yang bakal menetapkan ke mana hala tuju vaksin itu,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.

Kerajaan tentukan agihan vaksin Sinopharm

Ini termasuk status vaksin berkenaan sama ada sebagai pelalian utama atau dos penggalak yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal Vaksin Covid-19 di kementerian itu.“Pihak jawatan kuasa ini yang bakal menetapkan ke mana hala tuju vaksin itu,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.

Terdahulu, beliau menyertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyambut ketibaan vaksin Sinopharm disumbangkan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di KLIA di sini hari ini.Ia disampaikan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nour Ibrahim Ali Rasheed alKuwaiti yang mewakili Duta Besarnya, Khalid Ghanim Mohammad Alghaith.

Read more: Utusan Malaysia »

Cops rescue two children, mother and grandaunt arrested for suspected abuse

GEORGE TOWN: Two children with bruises and injuries on their body and face were rescued by police from a unit in Rifle Range flats here. Read more >>

PRN Johor: UMNO belum tentukan calon parti ituPRN Johor: UMNO belum tentukan calon parti itu Pilihlah dikalangan Yang Berwibawa & Berintergriti . Tolak 🐸🐸🐸 Tolak 🐖🐖🐖 Carilah calon2 yg berwibawa..yg dh kalah ssbelom ni jgn dicalonkan lagi.. sbb dh tentu2 ditolak oleh org tempat sendiri.. bg calon2 baru yg ada potensi utk berkhidmat bknnya utk jd YB semata.. umnoonline UMNOJohor

Formula agihan kerusi PH ikut kemenangan PRU-14Formula agihan kerusi PH ikut kemenangan PRU-14

UAE to give 1.3 million Sinopharm Covid-19 vaccine doses to Malaysia | New Straits TimesNSTnation The aircraft carrying the first 500,000 doses landed in the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) earlier today. Sinopharm Vaccines UAE Covid19

Vaksin kanak-kanak elak situasi lebih parahVaksin adalah ikhtiar kita untuk cegah jangkitan.

Lebih 10.9 juta populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam | The Malaysian InsightSebanyak 22,917,313 individu atau 97.9% populasi dewasa melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka.

Kanak-kanak perlu divaksin demi keselamatan mereka, kata pakar | The Malaysian InsightIbu bapa perlu merujuk kepada saluran yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai vaksin.

SEPANG: Semua sumbangan bekalan vaksin Covid-19 yang diberikan oleh kerajaan asing akan ditentukan pengagihan seterusnya oleh pihak Kementerian Kesihatan terlebih dahulu. Ini termasuk status vaksin berkenaan sama ada sebagai pelalian utama atau dos penggalak yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal Vaksin Covid-19 di kementerian itu. “Pihak jawatan kuasa ini yang bakal menetapkan ke mana hala tuju vaksin itu,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh. Terdahulu, beliau menyertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyambut ketibaan vaksin Sinopharm disumbangkan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di KLIA di sini hari ini. Ia disampaikan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nour Ibrahim Ali Rasheed alKuwaiti yang mewakili Duta Besarnya, Khalid Ghanim Mohammad Alghaith. Vaksin itu dibawa khas dengan penerbangan komersial EK346 pesawat syarikat kebangsaan Emirates dan selamat mendarat di terminal KLIA terus dari Dubai kira-kira pukul 2.30 petang. Sejumlah sejuta dos vaksin berkenaan bakal diterima dengan penghantaran fasa pertama sebanyak 500,000 dos manakala yang berikutnya pula dalam masa dua minggu akan datang. UAE merupakan negara keenam yang tampil memberi sumbangan vaksin Covid-19 secara percuma kepada negara ini selepas China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Britain. Mengulas lanjut, Harjeet Singh berkata, pelbagai faktor akan diteliti sebelum jawatan kuasa khas tersebut menetapkan siapakah yang bakal menerima vaksin diberikan kerajaan luar. “Bagaimanapun, buat sementara waktu, vaksin yang diterima ini sudah pun diperakui oleh pihak jawatan kuasa untuk dibawa masuk ke Malaysia sebelum proses pengagihan,” katanya. Justeru, beliau meminta masyarakat tidak perlu bimbang dengan kualiti vaksin ihsan tersebut kerana walaupun diberikan percuma oleh negara luar, ia tetap diteliti pihak kementerian. Vaksin Sinopharm turut dikilangkan di UAE dengan lebih 200 juta dos dikeluarkan setahun dan diberi jenama sebagai Hayat-Vax selain juga dieksport ke banyak negara di seluruh dunia. Di Malaysia, vaksin keluaran China ini turut dibekalkan dengan kerjasama firma tempatan, Duopharma Biotech Berhad sejak September lalu bagi yang berusia 18 tahun hingga 59 tahun. Ia selepas mendapat kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan pada Julai tahun lalu untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. -UTUSAN ONLINE