Kemas rumah pusaka, terserempak ular sawa 30kg

11/6/2022 6:28:00 AM

Menurut Affandy Bakar, 32, reptilia itu ditemuinya ketika dia bersama rakan membersihkan longgokan kayu yang turut mengeluarkan bau hanyir.

Menurut Affandy Bakar, 32, reptilia itu ditemuinya ketika dia bersama rakan membersihkan longgokan kayu yang turut mengeluarkan bau hanyir.

ALOR GAJAH: Sebuah keluarga di Kampung Belimbing Dalam di sini berdepan detik cemas selepas terserempak seekor ular sawa seberat 30 kilogram (kg) ketika membersihkan laman rumah bagi majlis perkahwinan.

Menurut Affandy Bakar, 32, reptilia itu ditemuinya ketika dia bersama rakan membersihkan longgokan kayu yang turut mengeluarkan bau hanyir.“Sepupu saya akan melangsungkan perkahwinannya di rumah pusaka nenek ini pada 25 Jun ini, jadi kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan laman rumah. Ketika ingin membersihkan longgokan kayu, saya terbau benda hanyir dan alangkah terkejutnya apabila terdapat ular sawa di bawahnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Jelasnya, dia cuba memberanikan diri menangkap ular tersebut, namun membatalkan hasrat selepas menyedari reptilia itu panjang dan bersaiz besar.Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes menangkap ular (KMU) pukul 2.25 petang.

Read more: Utusan Malaysia »