Kem pelarian dibom Zionis, kanak-kanak antara yang maut - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 29 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sejak Isnin lalu, setiap hari pasti ada nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa

GAZA: Sebuah kem pelarian di sini menjadi sasaran terbaharu serangan udara tentera Zionis yang masuk hari kelima hari ini.Pasukan keselamatan dikerah ke lokasi kejadian dan bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Sehubungan itu, angka korban dijangka terus bertambah memandangkan masih banyak mangsa belum dapat dikeluarkan. Dalam pada itu, pergerakan Hamas membalas serangan Zionis dengan melancarkan sejumlah roket ke arah selatan Israel di pekan Askhelon dan Ashdod. Setakat ini, sekurang-kurangnya 139 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza maut termasuk 40 kanak-kanak sejak pertempuran berlaku pada Isnin lalu.

Di Tebing Barat, tentera Israel menembak mati 13 penunjuk perasaan Palestin yang mengadakan demonstrasi membantah penjajahan Zionis dan pengeboman di Gaza.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Zalim

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.