Keadaan di Myanmar makin ganas, Thailand, Vietnam bawa rakyat pulang

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kedua-dua kerajaan atur penerbangan khas minggu depan dalam pada 38 penunjuk perasaan Myanmar maut ditembak pasukan keselamatan. FMTNews Myanmar

BANGKOK: Thailand akan membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Myanmar susulan keganasan yang kian memuncak di negara itu, menyaksikan 38 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Kerajaan Thailand telah mengatur dua penerbangan khas pada 12 dan 16 Mac untuk membawa pulang warganya, menurut laman Facebook rasmi Kedutaan Thailand di Yangon hari ini. Memandangkan situasi di Myanmar semakin buruk sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari, negara-negara lain juga sedang mengatur penerbangan untuk membawa pulang rakyat masing-masing.Pada Khamis Singapura turut menasihatkan rakyatnya meninggalkan negara itu.

Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada 1 Feb dan menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint, dan pemimpin Liga Demokratik Kebangsaan Nasional yang lain. Junta turut mengisytiharkan perintah darurat selama setahun dan berikrar untuk “mengambil tindakan” terhadap tuduhan penipuan undi pada pilihan raya umum 8 November, yang dimenangi parti NLD.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.