Kapal tangki berlabuh secara haram ditahan - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kapal tangki gas asli cecair (LNG) HL SUR sepanjang 371.25 meter itu berdaftar di Republik Korea.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak menahan sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 30.7 batu nautika tenggara Pulau Jarak tengah hari kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal tangki gas asli cecair HL SUR sepanjang 371.25 meter yang berdaftar di Republik Korea itu dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia. “Kapal tersebut dalam perjalanan menuju Oman dengan dikendalikan 30 kru termasuk nakhoda warga Korea berumur lingkungan 25 hingga 48 tahun dan telah dikesan berlabuh secara haram melalui cerapan radar Sistem Pengawasan Laut Lumut, Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, kapal tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 491B Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang sabit kesalahan didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Jelasnya, kesemua kru bersama kapal ditahan di ‘titik tenggara’ Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pihak berkuasa arahkan ribuan pasar haram Rohingya ditutup - Utusan DigitalPasukan penguat kuasa terpaksa menutup beberapa kedai atas pelbagai sebab termasuk perniagaan produk haram yang dijalankan di kawasan itu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Jual sahaja Ronaldo – Agbonlahor - Utusan Digital“Anda boleh nampak perbezaan permainan (Bruno) Fernandes sejak kehadiran Ro­naldo. Sebelum Ronaldo tiba, dia pemain utama tetapi sekarang Ronaldo menjadi keutamaan pasukan.'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Azam Baki perlu kemuka bukti – SC - Utusan DigitalAzam Baki perlu kemuka bukti – SC ada jual popcorn tak Hahaha lagi belit.. lagi bertambah terbelit 🤣🤣🤣 Ada dalam netflix tak.. 😏
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pakatan tentera diketuai Rusia kerah pasukan pengaman ke Kazakhstan - Utusan DigitalCSTO dianggotai oleh Rusia, Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

'Mereka takkan pulang, semuanya sudah mati' - Utusan DigitalKehilangan 10 ahli keluarga serentak dalam kebakaran paling teruk melanda sebuah bangunan pangsapuri perumahan awam di kejiranan Fairmount.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

LPPR tiada kuasa tentukan isu Azam Baki - Utusan DigitalLPPR tiada kuasa tentukan isu Azam Baki
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »