Kante pekena nasi lemak, ayam masak merah sebelum bantu Chelsea muncul juara Eropah - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sebelum menyertai pasukannya 'terbang' ke Porto, pemain berusia 30 tahun itu sempat menjamu nasi lemak di sebuah restoran Malaysia di London, Tuk Din Flavours of Malaysia.

LONDON: N’Golo Kante dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan dan membantu Chelsea mengalahkan Manchester City 1-0 dalam final Liga Juara-Juara pagi tadi.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan bintang tengah Perancis itu sebelum berlepas ke Portugal lebih mengujakan rakyat Malaysia. Sebelum menyertai pasukannya ‘terbang’ ke Porto, pemain berusia 30 tahun itu sempat menjamu nasi lemak di sebuah restoran Malaysia di London, Tuk Din Flavours of Malaysia.Menurut perkongsian dalam Instagram restoran itu, Kante mengambil sepinggan nasi lemak dan ayam masak merah.“Ia sebelum dia terbang untuk aksi Liga Juara-Juara bertemu Manchester City di Portugal,” menurut kapsyen Instagram Tuk Din Flavours of Malaysia.

Jaringan Kai Havertz pada babak pertama membawa Kante dan rakan-rakannya menjulang kejuaraan Eropah buat kali kedua. Ini adalah trofi besar kedua diraih Kante dalam kariernya selepas membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.