BEJING: Beberapa bandar China menjalankan saringan Covid-19 secara besar-besaran melibatkan jutaan penduduk, ketika pihak berkuasa negara ini bergelut mengekang gelombang jangkitan yang disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa bulan.
China hari ini merekodkan 75 kes baharu dengan 53 kes tempatan, manakala satu kluster yang dikaitkan dengan sebuah lapangan terbang di Nanjing, wilayah Jiangsu sudah pun merebak ke 20 bandar dan 12 wilayah. Penularan itu dikategorikan yang terbesar di China dalam tempoh beberapa bulan selepas negara ini berjaya mengawal pandemik Covid-19.Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan China melakukan tiga siri ujian saringan terhadap 9.2 juta penduduk di Nanjing.
Selain itu, perintah berkurung dan pergerakan juga dilaksanakan bagi mengelak kes jangkitan terus bertambah.Pihak berkuasa juga bertungkus-lumus mengesan individu yang melakukan perjalanan dari Nanjing atau Zhangjiajie iaitu bandar pelancongan di wilayah Hunan. Hunan kini melaksanakan perintah berkurung terhadap 1.5 juta penduduknya serta menutup semua kawasan pelancongan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
China menang emas, perak badminton beregu campuran | Harian Metrobadminton tokyo2020 Gandingan China, Wang Yilyu dan Huang Dongping mencipta kejutan apabila menang emas badminton beregu campuran di Tokyo 2020, hari ini, selepas mencipta kemenangan jarang berlaku ke atas rakan senegara, Zheng Siwei dan Huang Yaqiong.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »