Jumlah petugas urus jenazah Covid-19 dikurangkan

21/6/2022 10:44:00 AM

Jawi kini sedang menyemak SOP berhubung pengurusan jenazah Covid-19 susulan penurunan ketara jumlah kematian akibat virus itu ketika ini.

Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, antara SOP yang akan diteliti termasuk mengurangkan jumlah petugas pengurusan jenazah.Menurutnya, buat masa ini, jumlah petugas pengurusan jenazah Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah seramai 91 orang masing-masing 91 petugas lelaki dan 29 petugas wanita.

“Sebelum ini, jumlah petugas pengurusan jenazah pernah mencecah seramai 120 orang,” katanya.Setakat semalam, jumlah jenazah Covid-19 diuruskan pasukan itu adalah seramai 4,184 jenazah membabitkan 2,309 jenazah lelaki dan 1,875 jenazah wanita.Kumpulan teramai jenazah adalah dalam kalangan usia 41 hingga 60 tahun iaitu 1,700 jenazah diikuti 1,584 jenazah (61 hingga 80 tahun), 578 jenazah (21 hingga 40 tahun), 277 jenazah (81 hingga 100 tahun), 43 jenazah (0 hingga 20 tahun) dan dua jenazah berusia antara 101 tahun ke atas.

Read more:
Utusan Malaysia »