JPJ eBid: Siri plat AMR dan SB-G bakal dibuka bidaan - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 63 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 29%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

JPJ eBid: Siri plat AMR dan SB-G bakal dibuka bidaan

Kali ini giliran siri nombor pendaftaran terkini dari Perak dan Sabah bakal dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan , siri nombor pendaftaran terkini Perak, AMR, bakal dibuka bidaan mulai Ahad ini, 25 September, dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 29 September 2022. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 30 September. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik menerusi e-mel.

Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Sabah pula, SB-G, bidaannya bakal dibuka bermula 16 Oktober dan akan berakhir jam 10 malam pada 20 Oktober 2022. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 21 Oktober ini. Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga , malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

JPJ Perak catat kutipan RM1.07j hasil jualan kenderaan lelong dari Januari-September 2022 - paultan.orgJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan sebanyak RM1.07 juta hasil jualan kenderaan lelong yang dilakukan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini. Menurut Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan, lelongan itu melibatkan sebanyak 117 …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »

Quarry incident: Efforts to find second victim underway, say Perak policeIPOH, Sept 21 — Efforts are underway by a search and rescue (SAR) team to find the second victim of a quarry rockfall incident that occurred in March in Keramat Pulai, Jalan...
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »

Pakatan convention to be held in Perak on Oct 29PETALING JAYA: The Pakatan Harapan convention will be held in Perak on Oct 29.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »

Perak Man detained for allegedly assaulting stepdaughterSuspect slapped, kicked victim, stepped on her head. Allegedly?
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »

Operasi kesan 2 pekerja kuari tertimbus dihentikan | The Malaysian InsightDitamatkan selepas pihak berkuasa jumpa cebisan tulang manusia, jengkaut kedua semalam, kata ketua polis Perak.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Amir Khusyairi tanding Parlimen di Perak?Penerimaan masyarakat sa­ngat positif dan diterima baik terutamanya kalangan anak muda. Saya fikir ini mungkin kerana faktor anak muda
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »