Jiwa dakwah Wak Pyan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 78 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 34%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Kemahiran bertanyakan soalan perlu tepat dan jitu kerana tetamu tidak boleh berada lama dalam sesuatu segmen....'

DUA minggu ketiadaannya di konti Radio IKIM dalam segmen Warna Pagi menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Empunya nama Suffian Amrin, 41, akhirnya memaklumkan dirinya hanya mengambil cuti rehat sempena tahun baharu 2022.Vokalis kumpulan nasyid Saujana ini atau lebih mesra dikenali sebagai Wak Pyan memulakan rentak tahun baharu dengan gandingan deejay baharu, Luqman Hakim. Ditanya tentang program bual bicara yang mendapat sambutan sepanjang lebih sedekad berada dalam dunia penyiaran radio, kata Wak Pyan, program melibatkan tokoh dan ulama besar serta topik kekeluargaan dan motivasi mempunyai rating pendengar yang tinggi.Sebagai juruhebah radio, Wak Pyan menjelaskan dia juga perlu bijak mengatur soalan untuk ditanyakan kepada setiap tetamu agar tidak kelihatan seperti ‘soalan sampah’.

“Cabaran kita juga adalah mengendalikan topik isu semasa sebab kita tak ‘goreng’ sebagai gosip atau bahan siaran radio sahaja. Sebaliknya, kita cuba hadirkan solusi, tips dan panduan Islam dalam bentuk yang santai,” katanya. Sebut sahaja tentang kumpulan nasyid Saujana, sudah pasti melekat di kepala setiap penggemar nasyid lagu Sepohon Kayu.Kumpulan yang ditubuhkan sejak 16 April 1997 ini sudah menghasilkan lapan album penuh dengan lebih 100 judul lagu seperti Keluarga Bahagia, Suci Sekeping Hati dan Patah Hati.

“Kalau ada projek khas kami bertujuh akan disatukan dalam satu pentas. Kami baru siapkan sebuah single iaitu lagu lama yang diberi nafas baharu dan hanya tinggal video klip sahaja,” kata Wak Pyan.Wak Pyan sebenarnya seorang yang sangat gigih mencari rezeki serta meletakkan ‘kerja dakwah’ sebagai tugas hakikinya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.