'Jho Low tipu saya'

'Najib Razak', 'Tipu', 'Jho Low', 'Ppsb', 'Imdb', 'Rm32 Juta', 'Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur', 'Putra Perdana Construction Sdn Bhd', 'Rosman Abdullah'

#KualaLumpur Wang berjumlah RM32 juta dipindah masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali dengan nama Jho Low.

'Najib Razak', 'Tipu'

2/27/2020

KualaLumpur Wang berjumlah RM32 juta dipindah masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali dengan nama Jho Low.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu, wang berjumlah RM32 juta dipindah masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali dengan nama Jho Low.

Pengarah Urusan Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB), Datuk Rosman Abdullah, 53, dalam keterangannya berkata, wang itu sebahagian daripada RM170 juta yang sebelum itu dimasukkan ke dalam akaun PPSB. Menurut Rosman, sebahagian daripada RM170 juta, iaitu wang berjumlah RM34.9 juta dipindah keluar daripada akaun PPSB dan dimasukkan ke dalam akaun Permai Binaraya Sdn Bhd. Menurut Rosman yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Berhad (PPB), daripada jumlah itu RM27 juta dimasukkan ke dalam akaun Ambank Najib dengan nombor akaun berakhir 880 pada 8 Julai 2014 manakala RM5 juta berakhir di dalam akaun bekas Perdana Menteri itu melalui akaun berakhir 906 pada 10 September 2014. PPSB dan PBSB syarikat subsidiari kepada PPB. Rosman berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya yang menunjukkan transaksi perbankan perjalanan wang terbabit ketika menjawab soalan peguam Farhan Read pada sesi pemeriksaan utama. Saksi pembelaan kelapan itu berkata, beliau mulanya diberitahu oleh Jho Low, RM170 itu adalah pendahuluan bagi kontrak yang dirundingkan beliau (Jho Low) yang akan dimasuki PPC. Rosman berkata, wang RM170 juta itu dimasukkan ke dalam akaun PPSB melalui tiga peringkat iaitu RM35 juta pada 8 Julai 2014, RM105 juta pada 14 Julai 2014, dan RM30 juta pada 8 Ogos 2014 atas arahan Jho Low. Saksi itu berkata, mulanya beliau tidak mengetahui akaun berakhir dengan nombor 880 dan 906 adalah milik Najib. “Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu melalui penerbitan dalam Internet yang mendakwa akaun itu milik Najib. “Apabila saya direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2015, pegawai penyiasat beritahu perkara sama,” katanya, Rosman berkata demikian ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib. Sementara itu, Rosman berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang perjanjian mendahulukan wang kepada Najib, malah beliau tidak pernah mengizinkan tindakan sebegitu. Rosman berkata, sebelum ditahan SPRM pada 24 Julai 2015, beliau melihat Jho Low sebagai ahli perniagaan jujur dan kompeten. Katanya, perhubungan beliau dan Jho Low pada waktu itu boleh dianggap sebagai ‘perhubungan profesional yang mesra’. “Selepas saya direman, dan kini selepas saya mendapat gambaran sebenar apa berlaku kepada pindahan RM170 juta itu, saya boleh gambarkan beliau sebagai penipu, cekap dan sangat licik. “Jho Low tipu saya. Saya tidak tahu SRC adalah syarikat berkaitan kerajaan dan akaun Ambank milik Najib. “Saya dibebaskan dan diberi surat pelepasan daripada SPRM dan Pejabat Peguam Negara,” katanya. Saksi itu selanjutnya berkata, beliau cuba menghubungi rakan sekutu ahli perniagaan itu bagaimanapun tiada seorang pun memberikan maklum balas. Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 7:30 AM Berita Berkaitan Read more: Harian Metro

Tipu² mesti boleh komisen kan Benda boleh buat..klau aku byk duit juta2 pun aku pun nk masukkn dlm akaun lge..sedekah amal jariah utk negara..dan aku taknk bgtau sesapa ibarat tgn kanan bg tgn kiri sorok kan..🤣🤣 Tu lah percayo benor dgn adik angkat. Semua ambil kesempatan. Butoot le...wyg ...tkut juga kena penjara

perangai mcm ni menyamun wang negara, lebih hina dari bintang.tak layak jadi pemimpin, tak layak dibiarkan berkeliaran bercampur gaul dgn masyarakat, perbuatan menyamun ni meroskan negara menyusahkan hidup rakyat, AnnuarMusa ni lagu mana? Punya lah pandai. Boleh kene tipu? Haha Ada jugak mangkaq yg percaya najib

Pindah masuk maka ambil dan guna ke? Jho low tipu saya. Tapi duit da masuk. Saya gune jela. Sinetron episod berapa ni

Jho Low penipu, kata pengarah syarikat dalam perbicaraan NajibPengarah Urusan Putrajaya Perdana Bhd, Rosman Abdullah memberitahu mahkamah, beliau tidak tahu dana awam yang didakwa dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri oleh Low Taek Jho. FMTNews JohLow RosmanAbdullah NajibRazak

Jangan tanya orang yg x tau.. itu jawapannye nanti jholowtrapDSN Saya putar Halim😘😘😘 Jolow tipu kau tapi duit sapa joli? 😂

SRC trial: I referred to Jho Low for key or major decisions, says witnessLIVE | 3.05pm - I referred to Jho Low for key or major decisions, says witness Follow our live reports at

SRC trial: Jho Low a smooth and effective scammer, court hearsLIVE DAY 83: Malaysiakini brings you live reports from ex-premier Najib's SRC International trial. Maybe he drank too much of Milo Ais (ice)!! Only the dumb being cheated he represent the rakyat that time. Shame on him

Jho Low an ‘effective scammer’, company director tells Najib trialPutrajaya Perdana Bhd group MD Rosman Abdullah tells High Court he was kept in the dark over transfers of alleged public funds into accounts of the former prime minister by Low Taek Jho. FMTNews JhoLow

Jho Low is 'a highly smooth and effective scammer'KUALA LUMPUR: The director of a company who had dealings with fugitive businessman Low Taek Jho Jho Low said he was shocked and confused after the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) arrested him in July 2015. With a phases can I advise you something Haha. Yeah and was actively protected by najib. Facts don’t match the jho low fooled everyone story. He didn’t fool anyone, it is those who agreed with him r greedy and dumb

Pemindahan RM170 juta, saksi dakwa ditipu Jho Low | The Malaysian InsightWang itu sepatutnya untuk pendahuluan kontrak namun dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak. dah seronok enjoy duit haram joli katak..bila dah masuk kandang baru cakp ditipu...akai ada kaaa. Kalau tau ditipu kenapa buat repot polis masa tu..dasar penyamun. bila dah terkangkang menipu,,



Source of allocations? Anwar wants stimulus package debated in Parliament

'Artis K-Pop memang dah kaya...' - Tajul

Report: Suspected Covid-19 patient kills himself in Serdang Hospital

Bekalan kondom berkurangan

MCO: Five jailed three months each after throwing drink cans at police

Anwar on stimulus package: What happens when the borrowed money runs out?

'Berkurung seperti zaman komunis, Jepun'

Write Comment

Thank you for your comment.
Please try again later.

Latest News

News

26 February 2020, Wednesday News

Previous news

Arab Saudi gantung visa umrah

Next news

Northwest Syria schools close after some hit in strikes
'Kami makan apa sahaja, janji perut beralas' The angels that walk amongst us - the unsung heroes Sultan Perak perkenan solat Jumaat diganti Zuhur M'sians must prepare for the worst but hope for the best Guna dron secara meluas waktu malam Haiwan liar berkeliaran 14 ditahan ingkar PKP Why is so much food being wasted during MCO? Gunting rambut sendiri, gaya pelik India to use some train coaches as coronavirus isolation wards Tak dapat baju baharu, ibu bunuh anak Sarawak politician castigates Health Minister for ‘poor leadership’ in fight against Covid-19
Source of allocations? Anwar wants stimulus package debated in Parliament 'Artis K-Pop memang dah kaya...' - Tajul Report: Suspected Covid-19 patient kills himself in Serdang Hospital Bekalan kondom berkurangan MCO: Five jailed three months each after throwing drink cans at police Anwar on stimulus package: What happens when the borrowed money runs out? 'Berkurung seperti zaman komunis, Jepun' 'Penggiat seni pun layak' - Achey Wanita muat naik status hina polis ditahan Pesakit Covid-19 bunuh diri MCO: 11 men including nine foreigners jogging around Mont Kiara arrested Kita ada ubat untuk rawatan Covid-19