Jerebu: Semua sekolah di Perak buka esok

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Semua sekolah di daerah Larut Matang dan Selama, Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak akan kembali beroperasi seperti biasa esok. utusanonline

Pengarah Pendidikan Perak, Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, bacaan IPU Stesen Taiping pada pukul 5 petang ini menunjukkan bacaan di bawah 200 dan semakin menurun.

Menurutnya, sehubungan itu semua sekolah di daerah Larut Matang dan Selama, Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak akan kembali beroperasi seperti biasa esok. "Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 250 buah sekolah di negeri ini ditutup hari ini akibat IPU mencatat lebih 200 iaitu paras amat tidak sihat. Sekolah yang ditutup hari ini ialah 137 buah di Daerah Larut Matang dan Selama, 71 di Daerah Kerian, 38 sekolah di Kuala Kangsar dan empat buah sekolah Daerah Hulu Perak. - UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

LTSAS Ipoh batal penerbangan hari ini akibat jerebu, Pulau Pinang baikEnam penerbangan melibatkan 12 pergerakan pergi dan balik ke Singapura dan Johor Bahru dari LTSAS Ipoh tidak dapat beroperasi lagi hari ini. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Jerebu: Semua sekolah di Selangor diarah tutup 2 hariArahan tersebut dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah sistem respiratori dan keselamatan pelajar. utusanonline
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Jerebu berterusan, Selangor arah semua sekolah ditutupSemua sekolah awam dan swasta seluruh Selangor ditutup sehingga Jumaat. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Sarawak gerak semua agensi kerana jerebu semakin terukTimbalan ketua menteri mahu kerja-kerja pembenihan awan disegerakan selepas Sri Aman mencapai paras pencemaran udara bahaya. FMTNews Tapi kalau tengok pergerakan angin memang bergerak ke Sri Aman... Kalau buat pembenihan, nanti terbang ke tempat lain pulak..kaedah nampak kurang berkesan...kena tunggu dahulu mungkin. siapa lah orang Indonesia yang bodoh sangat bakar hutan sampai satu Malaysia jerebu teruk sekarang ni..lain kali nak bakar tolong bakar rumah sendiri, jangan menyusahkan orang lain..hari2 sedut asap ko tau tak bangangg
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Jerebu: 265 sekolah lagi ditutup di PerakIPOH 18 Sept. - Sebanyak 265 sekolah lagi di daerah Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah ditutup pagi ini, menjadikan keseluruhan 288 sekolah ditutup di Perak.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

8,000 nelayan di Perak terjejas akibat jerebuIPOH 18 Sept. - Kira-kira 8,000 nelayan di Perak terjejas akibat jerebu yang melanda negara ketika ini berdasarkan sumber Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »