Jenazah Allahyarham Ali Hamsa dibawa pulang Isnin ini

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Allahyarham dilahirkan pada 29 Ogos 1955 di Kluang, Johor dan kembali ke rahmatullah pada 21 April lalu bersamaan 19 Ramadhan 1443H di Hospital Dublin, Ireland.

PUTRAJAYA: Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada Isnin ini.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara Ke-13 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi hari berkenaan. Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula pukul 8 pagi hingga 9.45 pagi.“Pelawat-pelawat yang memberi penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dinasihatkan tiba di dewan mulai pukul 8 hingga ke 9.45 pagi.

“Ia sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada pukul 10.15 pagi,” katanya hari ini.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.