KOTA BHARU : Pas Kelantan belum membuat sebarang keputusan berhubung penggunaan logo parti itu atau Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.
Bercakap kepada Utusan Malaysia berkata, pihaknya bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan berhubung perkara tersebut.“Selepas itu barulah kita akan buat keputusan sama ada pertahan atau sebaliknya. Macam mana nak pertahan kalau tiada keputusan dibuat,”katanya.
Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas sudah membuat keputusan sebelum ini untuk menggunakan logo PN pada PRU15. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilaporkan berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Sementara penyokong Pas yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail memberitahu, dia lebih selesa menggunakan logo parti itu.“Lagipun sudah 30 dekad Pas menggunakan simbol bulan, saya bimbang tukar lambang ia akan memberikan kesukaran khususnya kepada warga emas,” ujarnya. –UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »