Insiden tebusan di Texas: Dua remaja Britain ditahan bantu siasatan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan

LONDON: Dua remaja di United Kingdom ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden empat inidvidu dijadikan tebusan di sebuah rumah ibadat Yahudi di Colleyville, Texas, Amerika Syarikat .

Polis Britain dalam satu kenyataan memaklumkan, pegawai dari Pasukan Anti Keganasan North West membuat dua penangkapan susulan insiden tersebut.Berdasarkan kenyataan yang dikongsi dalam Twitter, polis Britain turut menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa AS berhubung kes berkenaan. Semalam, Biro Siasatan Persekutuan mengenal pasti suspek yang menjadikan empat orang sebagai tebusan dpada Sabtu lalu sebagai Malik Faisal Akram berusia 44 tahun dan merupakan rakyat Britain.Terdahulu, suspek mendakwa dirinya sebagai abang kepada pengganas yang disabit kesalahan, Aafia Siddiqui.

Aafia merupakan seorang wanita Pakistan yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan al-Qaeda dan kini dihukum penjara 86 tahun kerana membunuh anggota tentera AS di Afghanistan. – BERNAMA

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.