Husna jatuh cinta dengan keunikan bahasa Melayu

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Hari ini saya mampu bertutur di dalam bahasa Melayu jauh lebih fasih daripada bahasa Inggeris....'

“Intonasi bahasa Melayu kedengaran merdu dan bahasa ini juga bersifat inklusif kerana terdapat kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, Kantonis, Hakka dan lain-lain,” kata Liang Liang, 28 atau lebih dikenali sebagai Husna.

Gadis ini berasal dari wilayah Yunnan, terletak di barat daya China. Penduduk di wilayah itu terdiri daripada pelbagai etnik dengan 26 daripada 56 etnik minoriti di seluruh China. Ibunya berbangsa Han manakala bapanya dari etnik Zhuang. Husna dibesarkan di kawasan mereka yang beretnik Dai, Lahu, Wa dan lain-lain.

Pada ketika itu, dia masih merupakan seorang pelajar di sekolah menengah, namun, dia berpendapat bahawa penguasaan sejenis bahasa di negara Asia Tenggara mungkin membolehkan dia mendapat pekerjaan lebih baik di kampung. “Memperluaskan pembelajaran bahasa Melayu di arena antarabangsa sekali gus membolehkan lebih ramai warga asing mengenali bahasa Melayu dan yang terakhir ialah dengan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di internet iaitu dengan menggalakkan netizen menghasilkan lebih banyak produk media dalam bahasa Melayu di media sosial,” jelasnya.Melalui pembelajaran dan penggunaan bahasa, golongan muda di China dan Malaysia dapat mengenali satu sama lain.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.