LHDN berkata, atas saranan menteri kewangan, hanya maklumat penderma RM10,000 ke atas perlu dikemukakan kepada agensi itu berbanding RM5,000 sebelum ini.
PUTRAJAYA: Maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah garis panduan bagi kelulusan ketua pengarah di bawah Subseksyen 44 Akta Cukai Pendapatan 1967. Garis panduan baru itu telah dimuat naik pada laman rasmi LHDN di www.hasil.gov.my, kata LHDN dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
LHDN berkata, garis panduan baru itu menggantikan garis panduan bertarikh 15 Mei dan berkuat kuasa mulai 5 Sept mengambil kira saranan Menteri Kewangan, iaitu hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada LHDN, berbanding maklumat penderma yang menderma RM5,000 dan ke atas sebelum ini.
LHDN turut menasihatkan semua pihak yang memperoleh kelulusan di bawah subseksyen 44 Akta Cukai Pendapatan 1967 ini agar sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan dalam garis panduan tersebut bagi mengelakkan status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan oleh ketidakpatuhan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: Soya_Cincau - 🏆 16. / 55 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »