Hanya 44 penduduk terjejas kebakaran tapak sampah pindah ke PPS

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kebakaran seluas 6.5 hektar di tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar tersebut memasuki hari kelapan hari ini selepas kejadian itu mula dilaporkan berlaku petang Rabu lalu.

NIBONG TEBAL: Hanya 44 penduduk daripada kira-kira 400 orang yang tinggal berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini yang mengalami kebakaran ke dua pusat pemindahan sementara .

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, tiada pertambahan penduduk ke PPS terbabit setakat pagi ini berbanding semalam. “Seramai 36 individu daripada lapan keluarga tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, manakala lapan orang daripada dua keluarga ditempatkan di SK Bakap Indah.Difahamkan, sebahagian lagi keluarga yang terjejas membuat keputusan tinggal di rumah saudara-mara selain ada yang masih berdegil untuk terus tinggal di rumah sendiri.

Ekoran itu, kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kawasan sekitar iaitu Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru diarahkan berpindah sementara berikutan kualiti udara yang tercemar. Sebanyak 10 buah sekolah berdekatan turut diarahkan ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan indeks udara menunjukkan bacaan AEGL 3 iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.