Prk Chini

Prk Chini

Hadirin di pusat penamaan calon PRK Chini dijangka dihadkan, kata SPR | The Malaysian Insight

Hadirin di pusat penamaan calon PRK Chini dijangka dihadkan, kata SPR

29/5/2020 1:49:00 PM

Hadirin di pusat penamaan calon PRK Chini dijangka dihadkan, kata SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata situasi itu terpaksa diubah dan berbeza dengan PRK yang diadakan sebelum ini berikutan penularan pandemik Covid-19.

MENGEHADKAN jumlah maksimum orang yang boleh hadir di pusat penamaan calon dan norma baharu dari segi berkempen antara prosedur operasi standard (SOP) dijangka diperkenalkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang, 4 Julai ini.

Dr M says thank you for birthday wishes, happy that he is still remembered Six sentenced to death for murder of Kevin Morais (updated) Hidupkan semula roh masjid dalam kehidupan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata situasi itu terpaksa diubah dan berbeza dengan PRK yang diadakan sebelum ini berikutan penularan pandemik Covid-19.‘‘Sebagai contoh hari penamaan calon, SOP tersebut akan mengehadkan jumlah orang yang boleh datang ke pusat pencalonan bukan macam dahulu seperti PRK Semenyih dan PRK Tanjung Piai.

“Pada PRK itu, kita lihat 5,000 hingga 8,000 orang satu parti datang, maka sekarang untuk situasi yang akan datang mungkin tiada lagi,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama TV di pejabatnya, di Putrajaya, baru-baru ini.Azhar berkata SOP itu dirangka melalui libat urus dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain hari penamaan calon, beliau berkata SOP lain yang dikemukakan adalah berkaitan dengan percetakan kertas undi, hari undi pos, hari mengundi awal, tempoh berkempen, hari mengundi dan pada sebelah malam ketika keputusan diumumkan.‘‘Contoh SOP semasa tempoh berkempen, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuat kuasa ketika itu, sudah tentu berkumpul melebihi bilangan yang ditetapkan tidak dibenarkan.

“Jadi ceramah atau kempen yang dibenarkan mungkin melalui media massa, internet, mobile unit di dalam kereta atau van yang mana mobile unit tersebut akan berhenti tetapi orang ramai tidak boleh datang ke arah mobile unit tersebut,” katanya.Azhar, bagaimanapun berkata SOP khas yang dikemukakan itu belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada situasi semasa arahan kerajaan mengenai penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

“Kita bincang (mengenai SOP itu) pada 21 Mei. Sebenarnya belum dimuktamadkan dan kita belum menutup apa-apa idea untuk menambah baik SOP tersebut. Kita juga masih menunggu pada satu tarikh yang amat hampir kepada 20 Jun untuk melihat keadaan semasa pada waktu tersebut, baru kita boleh muktamadkan,” katanya.

SPR menetapkan tarikh hari penamaan calon PRK itu pada 20 Jun dan pengundian awal akan diadakan 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.

Wanita warga emas ditemui mati di dalam rumah Di sebalik nikmat tangan dan kaki No limit to number of people in social gatherings and places of worship starting July 15

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi manakala calon PKR Mohamad Razali Ithnain mendapat 1,065 undi.Abu Bakar yang ketika itu memperoleh 10,027 undi merupakan penyandang kerusi DUN tersebut sejak PRU ke-11, pada 2004. 

DUN Chini, yang merupakan satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, akan menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.– Bernama, 29 Mei, 2020. Read more: TheMalaysianInsight »

PRK Chini: PAS harap tiada pertandinganPahang pkrchini Pas Pahang mengesahkan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai depan. Pas hya layak letak tong milo.

PRK Chini: PAS harap tiada pertandinganPahang pkrchini Pas Pahang mengesahkan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai depan. Pas hya layak letak tong milo.

Lonjakan kes Covid-19 di pusat tahanan imigresen sudah dijangka | The Malaysian InsightKumpulan hak asasi manusia berkata jika situasi tersebut tidak ditangani segera, gelombang kedua akan berlaku.

Temuduga calon pelajar universiti dibuat secara dalam talian, kata menteri | The Malaysian InsightTiada sesiapa dibenarkan rentas negeri walaupun untuk menghadiri temuduga kerana perjalanan rentas negeri hanya untuk kes kecemasan sahaja.

Saya berkuarantin di rumah, bukan dirawat di Singapura, kata Muhyiddin | The Malaysian InsightPerdana menteri perlu menjalani kuarantin 14 hari selepas seorang pegawai kanan kerajaan yang bermesyuarat dengannya disahkan positif Covid-19.

Najib’s son in running for Chini by-election | The Malaysian InsightAll eyes on first by-election to be conducted in middle of Covid-19 pandemic on July 4. I was hoping this fella running for any constituency in taiwan All the best to him... like father like son. corrupted bunch...