Guardiola yakin Aguero masih berbisa

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bolatime city Pep Guardiola yakin Sergio Aguero sentiasa mengekalkan naluri pemusnah di depan pintu gol tatkala Manchester City berharap kembalinya pemegang rekod jaringan terbanyak itu akan menamatkan kemarau gol di Liga Perdana Inggeris (EPL).

City mencatatkan permulaan liga terburuk mereka sejak beberapa bulan lalu apabila pasukan bimbingan Guardiola menduduki tangga ke-12 dengan hanya meledak tujuh gol dalam tujuh perlawanan terakhir liga.

Aguero terlepas hujung saingan musim lalu dan kebanyakan aksi kali ini dihimpit dengan masalah kecederaan namun dia kembali sebagai pemain gantian ketika dalam perlawanan Liga Juara-Juara menumpaskan Olympiakos 1-0 Rabu lalu. "Dia akan memberikan kami detik manis musim ini. Dia masih lagi belum mencapai tahap terbaik, kita tidak boleh melupakan berapa lama kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

"Dia seorang pemain yang perlu mempunyai sentuhan tajam. Kualitinya dalam meledak jaringan di dalam petak penalti sentiasa menjadi, kita tidak boleh sangkal perkara itu,' kata Guardiola. Aguero mungkin akan menghabiskan beberapa bulan terakhirnya selepas ini apabila sudah sembilan tahun di City dan kontraknya bakal berakhir hujung musim.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.