Ferrari Purosangue diperkenal — SUV pertama Ferrari, jana kuasa 725 PS dan 716 Nm, 310 km/j maksimum - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 83 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 36%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ferrari Purosangue diperkenal — SUV pertama Ferrari, jana kuasa 725 PS dan 716 Nm, 310 km/j maksimum

Selepas empat tahun diumumkan, Ferrari akhirnya memperkenalkan secara rasmi SUV produksi pertama yang dihasilkan jenama itu, dikenali dengan nama Ferrari Purosangue.

depan, sementara bukaan di bawah mengalirkan udara kepada sistem penyejuk brek. Lampu utamanya pula terletak di bawah DRL, di bucu atas bahagian bampar. Gabungan ini menghasilkan sebuah kerangka casis yang terdiri daripada seksyen tertutup yang disambung secara tuangan, di mana di dalamnya turut menyertakan elemen kepingan logam aluminium. Kesannya, casis berkenaan lebih keras , serta lebih ringan berbanding model empat tempat-duduk yang Ferrari pernah hasilkan, walaupun saiznya lebih besar.

Capaian ke kabinnya — yang cuba ditampilkan seluas mungkin dengan jarak antar roda yang kompak — dicapai dengan rekaan pintu belakangnya yang tersendiri; ia dibuka ke belakang untuk lebih memudahkan. Dengan kendalian elektrik, ia memberi bukaan seluas 79°, sementara pintu depan hanya melibatkan bukaan 63° — lima darjah lebih luas berbanding model Ferrari yang lain.

Untuk enjin, Purosangue dipadankan dengan unit V12 petrol NA. Enjin F140IA ini mempunyai kapasiti 6.5 liter yang sama pada model 812 Competizione, tetapi dengan sistem masukan udara, pemasa serta ekzos yang direka semula khusus untuknya. Ferrari menjelaskan, banyak perhatian diberikan menambahbaik mekanikal dan kecekapan pembakarannnya; 80% tork maksimum dicapai dari 2,100 rpm, dengan puncaknya sebanyak 716 Nm pada 6,250 rpm.

Purosangue juga menerima versi terkini sistem kawalan dinamik kenderaan seperti yang ada pada kereta sportnya, termasuklah Side Slip Control yang kini dalam versi 8.0, F1-Trac dan ABS “evo” dengan Chassis Dynamic Sensor enam arah. Penampilan sulung dunia pada Purosangue adalah sistem suspensi aktif Ferrari.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.