Elvost Lunchi, anak kepada pasangan Catherine Telin Lahindun dan Lunchi Linjanun, berasal dari Kg Sabandil, Papar Sabah, ditahbis sebagai diakon untuk kongregasi St Joseph’s Missionary Society of Mill Hill pada Sept 24 di Katedral Ngong, Kenya.
Elvost ditahbis bersama 11 orang seminarian Mill Hill lain ditahbis sebagai diakon oleh Nunsio Apostolik ke Kenya dan Selatan Sudan, Uskup Agung Hubertus Matheus Mariavan Megen. Dengan tema,"Dia menetapkan dua belas orang untuk menyertai Dia dan untuk diutus-Nya memberitakan Injil" , Diakon Elvost memulakan pembentukan kepaderiannya pada tahun 2013, dengan memasuki Tahun Inisiasi, di Catholic Diocesan Center, Kota Kinabalu. Pada tahun berikutnya, beliau menyambung pengajian dalam Tahun Falsafah di Seminari Tinggi Sto Petrus, Kuching.
Kemudian pada tahun 2015-2017, beliau menyertai Mill Hill Basic Formation and Philosophy di Iloilo, Filipina.Elvost kemudiannya menjalani program misi di Pakistan selama dua tahun iaitu pada tahun 2017-2019. Kini, Diakon Elvost meneruskan Ijazah Teologi di Universiti Tangaza, Kenya yang dijangka berakhir pada tahun 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.