Fmtnews

Fmtnews

DUN Selangor lulus usul desak Putrajaya gubal undang-undang anti-lompat parti

Usul R Rajiv (PH-Bukit Gasing) adalah bagi menghalang mana-mana ahli Parlimen dan Adun melompat parti mendapat sokongan sebulat suara DUN Selangor.

16/7/2020 4:26:00 PM

Usul R Rajiv (PH-Bukit Gasing) adalah bagi menghalang mana-mana ahli Parlimen dan Adun melompat parti mendapat sokongan sebulat suara DUN Selangor. FMTNews

Usul R Rajiv (PH-Bukit Gasing) adalah bagi menghalang mana-mana ahli Parlimen dan Adun melompat parti mendapat sokongan sebulat suara DUN Selangor.

-July 16, 2020 9:23 PMSpeaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata, usul yang dipersetujui itu akan dihantar ke Parlimen dalam tempoh 2 minggu untuk diteliti jika ada keperluan untuk digubal sebagai undang-undang. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul mendesak kerajaan persekutuan menggubal rang undang-undang anti lompat parti.

Sumbat papan peluncur ke mulut jerung Pengarah Yusof Kelana meninggal dunia Eyra Hazali bersalin anak lelaki

Usul yang dibawa R Rajiv (PH-Bukit Gasing) itu adalah bagi menghalang mana-mana ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat parti dan ia mendapat sokongan sebulat suara ahli dewan berkenaan.Sementara itu, speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata, usul tersebut diluluskan sebagai gesaan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat melompat parti, mereka perlu mengosongkan kerusi tersebut demi mempertahankan mandat yang diberikan menerusi pilihan raya.

Beliau berkata, usul asal yang dibawa oleh Rajiv pada mulanya adalah untuk menggesa kerajaan negeri meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor supaya kerusi Adun yang melompat parti dikosongkan.“Sebagai Adun, termasuk saya, (ada kemungkinan) sesiapa pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya apabila sampai satu masa, mereka (akan) lompat parti, khianat dan sebagainya dengan alasan tertentu.

“Solusinya hari ini, kita di DUN tidak ada hak untuk ubah undang-undang ini, jadi kita menggesa kerajaan persekutuan menggubal undang-undang anti lompat parti,” katanya kepada pemberita di lobi DUN di sini, hari ini.Beliau berkata, usul yang dipersetujui itu akan dihantar ke Parlimen dalam tempoh 2 minggu lagi untuk diteliti jika ada keperluan untuk digubal.

Pada masa sama, Ng berkata, sebanyak 6 usul diluluskan sepanjang sidang DUN 4 hari bermula Isnin lepas, iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor, pembasmian kemiskinan, pengurusan sumber air Selangor, penilaian prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT), mempercepatkan proses penggantian paip di Selangor serta anti lompat parti.

Mengulas perjalanan sidang kali ini, beliau berkata, ia berjalan lancer, malah sikap Adun kerajaan dan blok pembangkang dipuji kerana berbahas secara profesional.Persidangan DUN Selangor ditangguhkan hari ini ke tarikh yang akan ditentukan kemudian. Read more: Free Malaysia Today »

DUN Selangor lulus usul gesa Parlimen gubal undang-undang lompat partiDEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul bagi mendesak serta menggesa Parlimen untuk menggubal Rang Undang-Undang bagi menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen daripada lompat parti tanpa alasan munasabah.

DUN Selangor lulus usul gesa Parlimen gubal undang-undang lompat partiDEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul bagi mendesak serta menggesa Parlimen untuk menggubal Rang Undang-Undang bagi menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen daripada lompat parti tanpa alasan munasabah.

Gubal undang-undang di parlimen sesi ini untuk bela pengguna kreditPENGGUBALAN Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlindungan Pengguna 1999 membabitkan urus niaga jualan kredit akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

Kerajaan akan bawa pulang jemaah tabligh Malaysia terkandas di India | The Malaysian InsightMereka tidak dapat pulang kerana sekatan perjalanan dan tindakan undang-undang, kata Hishammuddin Hussein.

Undang-undang lebih ketat tangani pemandu mabuk, kata menteri | The Malaysian InsightKerajaan akan menaikkan denda sehingga kepada RM15,000 dan turunkan had alkohol yang dibenarkan dalam darah.

MTUC desak Putrajaya buat kenyataan jelas lanjutan moratorium | The Malaysian InsightStatistik 800,000 orang hilang kerja menjadi alasan kuat mengapa ia perlu dilanjutkan.