Dua penguat kuasa JPJ Perlis ditahan SPRM

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kangar Dua anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman bagi membantu siasatan menerima suapan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori.

Perintah reman selama tiga hari itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas suspek dibawa ke mahkamah pagi ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perlis, Suzeliyana Hashim berkata, suspek berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan jam 5 petang semalam di pejabat SPRM selepas dipanggil membantu siasatan. "Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan berkenaan sejak 2018 hingga 2019 dengan anggaran nilai suapan mencecah RM88,000.

"Siasatan masih dijalankan dan kita menjangkakan akan ada tangkapan lagi selepas ini," katanya kepada media hari ini. Katanya, penahanan suspek adalah susulan daripada penahanan seorang lelaki berusia 33 tahun dua hari lalu di pejabat SPRM Perlis.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 12:09 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

YANG MENERIMA DITNGKAP...SIPEMBERI MANA.DRIVER LORI BRAPA BNYK DUIT DIA?..INI PASTI TOKEY2 LORI YG MNGARAHKN JGN DIAMBIL TINDKKN LORI2 MEREKA...PASTI ADA TOKEY2 DIBELAKNG MEREKA...TNGKPLH TOKEY2 TU..SAYA TAHU ......FHM2LH PARA PMBACA

Bodoh!!! Tak cukup gaji ke bahlol

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.