Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi pada 2019. Hubungan Malaysia dengan New Delhi tegang berikutan komen Mahathir mengenai Kashmir.
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad malam ini mengakui hubungan Putrajaya dengan India tegang berikutan ucapannya mengenai konflik di Kashmir pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun lalu. Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata hubungan antara kedua-dua negara berkenaan “sangat baik” di bawah kepimpinannya.
“Ini kerana ucapan saya mengenai Kashmir,” kata Mahathir dalam wawancara bersama WION, sebuah saluran berita berbahasa Inggeris di India ketika ditanya adakah hubungan 2 hala merosot ketika pemerintahannya.Mahathir, dalam ucapannya pada perhimpunan ke-74 itu di New York pada 28 Sep 2019, mengatakan “walaupun ada resolusi PBB mengenai Kashmir dan Jammu, negara itu telah diceroboh dan dijajah”.
“Ini bukan mengenai sokongan untuk Pakistan, ia mengenai rakyat Kashmir, mereka telah bebas tetapi sekarang mereka berada di bawah India, dan ini sudah pasti tidak mengikut perjanjian awal yang dibuat,” katanya.
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »