Ditahan di kelab malam, Terence buat laporan polis

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Beliau juga akan membuat kenyataan dalam masa terdekat mengenai penahanannya.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar, Terence Naidu membuat laporan polis berhubung penahanannya di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Dalam mesej ringkas kepada pemberita, ADUN DAP itu tidak menjelaskan mengenai butiran laporan polis yang dibuatnya.“Saya telah membuat laporan polis dan akan membuat kenyataan,” katanya. Sebelum ini, seorang ADUN dari Perak dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di Perai kelmain kerana disyaki positif dadah.

Selain ADUN berusia 50-an berkenaan, turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu ialah 35 individu lain iaitu 28 lelaki dan lapan wanita kerana disyaki positif dadah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner, Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ketika serbuan itu, seramai 82 individu telah diperiksa di pusat hiburan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

🚀 Ke Marikh terus .....

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.