Didakwa bunuh bayi 13 bulan

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

selayang Pembantu rumah anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, Selayang, hari ini, atas tuduhan membunuh bayi 13 bulan yang ditemukan dengan 39 kesan kecederaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Tengku Faiz Kamarul Azhan Tengku Kamarudin, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.Tertuduh yang memakai baju-T dan seluar berwarna hitam dilihat tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa dengan niat melakukan bunuh ke atas Sofiea Faqihah Abdul Raqiib yang berusia setahun satu bulan di rumahnya di Taman Gombak Permai, Gombak, antara 7.30 malam dan 8.05 malam, 4 Ogos lalu. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 2:28 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Three men, 13 women arrested in vice crackdown in Jalan PetalingKUALA LUMPUR: Police have arrested three men and 13 women following a crackdown on prostitution activities along Jalan Petaling.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »

Pasangan sejoli ke akhir hayatslimriver إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون “MEREKA pasangan yang sangat rapat, 'kata abang kepada lelaki yang maut bersama isteri dan bayi 14 bulan, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Umno akan usul pecat speaker Selangor, kata ZahidUmno akan mengusulkan pemecatan Ng Suee Lim yang didakwa tidak menghormati institusi raja.FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Suami isteri, bayi maut dalam kebakaran rumahTANJUNG MALIM 19 Ogos - Sepasang suami isteri dan seorang bayi lelaki maut dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim dekat sini hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kejamnya...kampar MAYAT bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui tersangkut dalam Sungai Dipang berhampiran Kampung Sahom, Kampar, seorang penduduk kampung yang mandi di sungai terbabit, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Nur Annissa dijemput Ilahialorgajah إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ BAYI perempuan berusia 14 hari yang menghidap ‘holoprosencephaly’ atau otak di luar tempurung kepala, Nur Annissa Zaki, meninggal dunia, petang hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »