KUALA LUMPUR: Cukai Makmur dijangka mampu menjana pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM3 bilion kepada negara.
Menjelaskan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, pelaksanaan cukai tersebut akan dikenakan kepada syarikat dengan pendapatan bercukai lebih RM100 juta bagi tahun depan.“Bagi pendapatan bercukai RM100 juta pertama dikenakan cukai pada kadar 24 peratus dan selebihnya pada kadar 33 peratus secara ‘one-off’. Kita tidak pasti , namun kita menjangkakan anggaran sekurang-kurangnya RM3 bilion ke atas,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan menjelaskan anggaran perolehan kerajaan melalui Cukai Makmur, serta sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan semula cukai kepenggunaan seperti cukai nilai tambah . Tegasnya, Cukai Makmur adalah hasil cadangan banyak pihak supaya syarikat yang tidak terkesan semasa pandemik turut mengambil bahagian dalam usaha memulihkan ekonomi.
“Biarpun secara amnya kenaikan itu sebanyak sembilan peratus, tapi ia secara ‘one-off‘ dan ia berpatutan memandangkan syarikat berkenaan masih memperoleh keuntungan tinggi dalam tempoh satu hingga dua tahun sebelumnya, dan dilaksanakan secara adil dengan tidak mensasar industri atau sektor tertentu sahaja,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »