Cruella, si penjahat berbusana sofistikated - Utusan Digital

Cruella, si penjahat berbusana sofistikated

22/9/2021 10:36:00 AM

'Dia adalah gambaran seorang wanita yang kuat memberontak dan dahagakan fesyen unik sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan selera fesyennya.'

Cruella, si penjahat berbusana sofistikated

Tidak dinafikan, ramai meletakkan harapan tinggi kerana satu daripada faktor utamanya kerana watak Estella atau Cruella De Vil dimainkan oleh aktres bertaraf pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy 2017, Emma Stones.Mempunyai latar belakang yang prolifik, Emma tentunya menjadi tumpuan kerana sebagaimana yang diketahui, Cruella De Vil adalah satu watak yang sarat dengan sisi antagonis dengan paparan imej yang ekstravaganza.

Keluarga Malaysia bukan retorik, kata PM | The Malaysian Insight Johor Health Dept: Autopsy on 14-year-old girl who died after vaccination shows growth on ovaries, heart anomaly | Malay Mail Mamat Khalid meninggal dunia - Utusan Digital

Dia adalah gambaran seorang wanita yang kuat memberontak dan dahagakan fesyen unik sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan selera fesyennya.Menerusi filem ini, Disney membawa penonton kembali dalam sorotan latar belakang Cruella De Vil sewaktu remaja yang mencetuskan permulaan bagaimana jahatnya wanita berambut ikonik, hitam dan putih ini.

Jalan cerita menjadi semakin menarik kerana menerusi pelbagai rintangan pengalaman dan dramatiknya perjalanan hidup Estella sehingga menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang berbeza.Lakonan Emma tidak perlu dipertikaikan lagi kerana selayak kedudukannya, dia telah berjaya membuatkan penonton percaya bahawa dirinya sejahat itu. headtopics.com

Pun begitu, satu daripada elemen penting yang menjadi ciri utama dalam filem ini adalah bagaimana seorang penjahat diterjemahkan dalam sisi cantik dan berani berfesyen.Sepanjang penceritaan, penonton dapat menyaksikan busana-busana yang memukau digayakan oleh Emma dalam filem ini bagi menonjolkan kelantangan Cruella.

Difahamkan, untuk filem ini sahaja, Emma telah menggayakan sebanyak 47 pasang busana unik dengan keunikan fesyen tersendiri setiap satunya.Tentu bukan mudah kerana setiap busana itu memiliki ciri dan ‘cerita’ tersendiri selain tinggi pentafsirannya buat mereka yang mendalami ilmu fesyen.

Antara koleksi yang boleh dilihat digayakan Emma dalam filem ini termasuk daripada Dior, Vivienne Westwood serta Alexander McQueen yang terkenal seantero dunia.Terpegun mata saat menatap setiap koleksi busana mewah dan unik yang dipaparkan dalam filem arahan Craig Gillespie ini yang bijak bermain dengan momentum emosi dan tahu di mana bahagian penting untuk diletakkan agar penonton tidak cepat bosan sepanjang penceritaan.

Jika anda mahu menonton sebuah filem dengan penekanan fesyen penuh kejutan dan sofistikated, ini adalah naskah terbaik yang disajikan daripada Disney.Usah bimbang terlepas menonton kerana Disney Plus Hotstar menyediakan platform mudah untuk anda saksikan aksi Cruella ini yang juga sesuai ditonton bersama keluarga. headtopics.com

Sebanyak 71 penunggang basikal maut - Utusan Digital Kehilangan bakat tiada pengganti | Harian Metro Mamat Khalid meninggal dunia | Harian Metro Read more: Utusan Online »

Alec Baldwin fired prop gun that killed cinematographer on film set

Cinematographer Halyna Hutchins was killed in an incident involving a prop gun on the set of 'Rust', an Alec Baldwin film that was shooting in New Mexico on Oct 21.

Kita bantu miskin baharu - Utusan DigitalKita bantu miskin baharu

‘Mari bangkit lawan kemiskinan, rasuah’ - Utusan DigitalJuara dunia sebanyak lapan kali itu mungkin dicabar Sarah Duterte, anak perempuan Pre­siden Filipina, Rodrigo Duterte dalam pemilihan tersebut. 👍🏻👍🏻

Landskap perubahan strategi pemasaran 4.0 - Utusan DigitalLandskap perubahan strategi pemasaran 4.0

(PARLIMEN) Belum rancang turun harga kit ujian kendiri Covid-19 - Utusan DigitalPerlu mengambil kira pandangan semua pihak di samping mewujudkan situasi menang-menang.

Lebih 100 penduduk Palestin jadi mangsa zionis - Utusan DigitalBilangan kanak-kanak yang ditangkap turut meningkat termasuk seorang remaja berusia 13 tahun, Mustafa Amira dari bandar Nilin berdekatan Ramallah.

N. Sembilan azam tamatkan kemarau hampir 10 tahun - Utusan DigitalKapten NSFC, Zaquan Adha Abd. Radzak berkata, skuad The Jangs kini hanya perlu memberikan fokus 100 peratus dalam perlawanan terakhir Liga Perdana itu selepas misi bersaing ke Liga Super musim hadapan sudah tercapai.