LONDON: Kesatuan Eropah akan memperkukuhkan strategi pertahanan di rantau Indo-Pasifik susulan kebimbangan kehadiran China yang semakin meningkat.Utusan Khas EU ke Indo-Pasifik, Gabriele Visentin berkata, langkah itu adalah cara meningkatkan kapasiti dan kredibiliti dari aspek mempertahankan kepentingan.
Walaupun tiada bukti menunjukkan perang akan berlaku di rantau ini meliputi kawasan dari pantai timur Afrika hingga negara pulau Pasifik, jelasnya, EU bimbang ‘perintah berasaskan peraturan pelbagai hala tidak akan dihormati sepenuhnya’.“Ia adalah isyarat kepada pihak lain yang mungkin mahu melanggar perintah pelbagai hala dengan cara ganas, maka mereka juga perlu tahu apa yang akan dihadapi ,” katanya.Katanya, negara itu dilihat sebagai ‘rakan kongsi dan pesaing’ kepada EU.
Jelas beliau, pelan keselamatan yang lebih intensif tidak akan melibatkan penubuhan pangkalan tentera mahupun penempatan tentera melainkan ketika berlakunya krisis. “Kita akan menjalankan latihan ketenteraan dan latihan secara langsung di darat dan laut dengan meningkatkan perisikan serta meminta kapal EU melalui zon dengan kepentingan maritim,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »