Samarahan Bahagian tubuh manusia dipercayai daripada lelaki yang disambar buaya di Sungai Meranek, di sini, Selasa lalu, ditemukan, hari ini.
Samarahan : Bahagian tubuh manusia dipercayai daripada lelaki yang disambar buaya di Sungai Meranek, di sini, Selasa lalu, ditemukan, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataannya berkata, keluarga mangsa yakin bahagian tubuh itu adalah daripada mangsa, Azyan Azhar, 28."Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 1.45 tengah hari tadi selepas keluarga berpuas hati dan yakin, bahagian tubuh itu adalah daripada mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, Selasa lalu, mangsa hilang selepas disambar buaya ketika memukat ikan di Sungai Meranek.Mangsa, pergi ke sungai berkenaan pada 3.45 pagi bersama bapanya, Azhar Razali untuk memeriksa pukat yang mereka pasang.Operasi SAR dilancarkan oleh 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan sebaik menerima laporan kejadian itu pada 6 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 5:11 PM Read more: Harian Metro »
Covid-19: Non-M'sian teen among six deaths, says Health DG
PUTRAJAYA: A 17-year-old non-Malaysian male in Johor was among the six Covid-19 deaths recorded on Monday (Feb 22).