Budak 9 tahun dikhuatiri lemas

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 33 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

ampang Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke longkang ketika bermain bersama rakannya di Bukit Permai, Ampang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan, Mohd Faizal Md Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.22 petang sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya difahamkan ketika kejadian mangsa bersama rakannya sedang bermain berhampiran longkang sebelum terjatuh. “Terdahulu, rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal menyebabkannya hanyut ke parit dan dipercayai memasuki Sungai Kerayong. “Setakat ini usaha mencari mangsa lelaki berusia sembilan tahun diperluaskan termasuk di tebing sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Faizal berkata, pihaknya turut dibantu 19 anggota Angkatan Pertahanan Awam , 15 anggota Polis Diraja Malaysia dan lima Pasukan Bomba Sukarela dari Sri Serdang dan Gombak.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 12:45 AM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dalam lubang kumbahanIPOH 8 Okt. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kuarters Balai Polis Pasir Puteh di sini hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Suhakam gesa pendidikan wajib percuma kepada kanak-kanakAktivis menggesa sistem pendidikan yang lebih komprehensif dan holistik kepada kanak-kanak dipertimbangkan dalam pengumuman bajet tahun depan. FMTNews pendidikan mmg percuma tapi yuran PIBG tinggi, tak percuma jugak la
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Bergaduh dengan ibu sebab telefon bimbit, budak 10 tahun mahu terjun bangunanJOHOR BAHRU 7 Okt. - Seorang anggota bomba berjaya memujuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam masa kira-kira 15 minit yang cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini, petang semalam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Budak maut terjatuh kolamsungaipetani إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam kolam buatan di Taman Sri Bayu, Amanjaya, Sungai Petani, 4.15 petang hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Ada budak buka penutup lubangipoh Lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh, di Ipoh, sememangnya ditutup sepanjang masa.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Budak maut dalam lubang kumbahanipoh Budak lelaki tiga tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh, di Ipoh, hari ini. Allahuakhbar 😢 Innalillahiwainnailaihiroji'un. kes cuai kerja ambil lewa tdk memikir keselamatan og lain..
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »