Bilik hotel, kulit udang Maradona jadi tatapan peminat

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bolatime maradona Walaupun India adalah negara yang terkenal dengan sukan kriket, kematian Diego Maradona turut mengejutkan salah sebuah negeri di negara berkenaan yang mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari.

Legenda bola sepak Argentina itu, yang meninggal dunia awal pagi ini pada usia 60 tahun, sangat dihormati di negeri Kerala tatkala kulit udang yang pernah dimakan ketika lawatan pada 2012 juga turut dikeringkan dan diletakkan bingkai.

Sebilangan peminat dan wartawan menuju ke Hotel Blue Nile di Kannur untuk memberikan penghormatan selepas kerajaan negeri berkenaan mengumumkan tempoh berkabung serta pemuzik tempatan pula mengalunkan lagu ditujukan khas kepada legenda berkenaan."Dewa kami sudah sampai, beliau berada di depan kami," katanya kepada AFP.

Lawatan Maradona menimbulkan kekecohan di negeri bahagian selatan India itu, yang mengubah tradisi sukan daripada kriket kepada bola sepak. Veleimbra masih ingat peristiwa di mana segerombolan peminat memakai jersi biru dan putih Argentina dengan memenuhi jalan raya dan ada yang menempuh perjalanan beratus kilometer menaiki kereta, bas serta basikal.Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 8:35 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.