Bicara kes rogol Paul Yong bermula hari ini - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 68 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Bagi perbicaraan hari pertama, saksi yang dipanggil memberi keterangan ialah dua jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh iaitu Koperal P. Paul Vethamuthu dan Koperal Nik Zamri Ismail serta seorang pegawai dari Kedutaan Besar Republik…

IPOH: Selepas ditangguh beberapa kali sejak lebih setahun lalu, perbicaraan kes bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumahnya pada Julai 2019 akhirnya bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil 30 saksi.Bagi perbicaraan hari pertama, saksi yang dipanggil memberi keterangan ialah dua jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh iaitu Koperal P.

Sepanjang prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Datuk Jamil Aripin yang dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi dan Ainul Wardah Shahidan manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh. Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi sambil disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang menaiki sebuah bas.Sementara itu, Rajpal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihak pembelaan membangkitkan isu mengenai kaedah pembuktian dan penggunaan Akta Perlindungan Saksi 2009 dalam kes tersebut.

Menurutnya, pihak pembelaan menentang penggunaan akta berkenaan yang digunakan terhadap mangsa dan saksi selain Seksyen 265 Kanun Tatacara Jenayah oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan melalui pautan video. Bagaimanapun, Abdul Wahab memutuskan, disebabkan telah lama tertangguh, prosiding diteruskan dengan memanggil saksi pertama seorang jurufoto dari IPD Ipoh diikuti dengan seorang lagi jurufoto daripada IPD sama.Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.