Berlatih belakang rumah di Jasin, Melaka, Hidilyn Diaz sumbang emas pertama Olimpik untuk Filipina - Utusan Digital

Berlatih belakang rumah di Jasin, Melaka, Hidilyn Diaz sumbang emas pertama Olimpik untuk Filipina

26/7/2021 5:36:00 PM

Dengan hanya berlatih di belakang sebuah rumah kampung di Jasin, Melaka, Hidilyn Diaz mencipta sejarah menjadi atlet pertama membawa pulang emas Olimpik untuk Filipina.

Berlatih belakang rumah di Jasin, Melaka, Hidilyn Diaz sumbang emas pertama Olimpik untuk Filipina

Tersangkut di Malaysia sejak Februari tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, Diaz pada mulanya agak resah terpaksa berlatih di gimnasium sementara yang dikelilingi pokok pisang dan rambutan – tempat latihan yang mustahil mampu memberikan emas kepadanya di Olimpik Tokyo.

Jay B lakar profil sendiri | Harian Metro UK relaxes travel restrictions for fully vaccinated Malaysians Harapan: What's Malaysia's stand on new Aus-UK-US nuclear sub deal?

Diaz, 30, pemenang pingat di Olimpik Rio 2016, walaupun tersangkut di Malaysia tetapi tetap bertekad untuk merealisasikan impiannya menjadi pemenang pingat emas Olimpik pertama dari Filipina.“Saya sudah bersedia. Saya tidak dapat mengatakan berapa peratus, tetapi saya berada di sana – fikiran saya ada, hati saya ada, secara fizikalnya ada,” kata Diaz kepada AFP dalam satu temu bual pada Mei lalu ketika dia berehat dari persiapan terakhirnya untuk menyertai Sukan Olimpik keempat buat dirinya, dan mungkin terakhir.

Nama Diaz sememangnya sudah terpahat dan menjadi buah mulut rakyat negaranya, di samping ikon tinju Manny Pacquiao, sebagai satu-satunya wanita dari kepulauan di selatan negara itu – Mindanao -l yang pernah memenangi pingat Olimpik – perak di Rio yang memecahkan kemarau pingat 20 tahun untuk Filipina. headtopics.com

Perawakannya meningkat dua tahun kemudian ketika dia meraih emas di Sukan Asia di Indonesia dan mengulangi prestasi di Sukan SEA di tanah air pada bulan Disember 2019. Diaz berada di landasan yang baik untuk muncul di Olimpik, tetapi Covid-19 mengubah segala-galanya apabila temasya sukan itu ditunda setahun.

“Sukar untuk meletakkan sasaran apabila ia dilanjutkan berapa bulan dan pada masa yang sama anda tahu anda mempunyai rancangan setelah Olimpik,” kata Diaz, yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Filipina.Anak perempuan seorang pengayuh beca itu berasal dari sebuah kampung miskin berhampiran pelabuhan Zamboanga di Mindanao, Diaz tidak bertemu keluarganya sejak Disember 2019.

“Saya harus mengorbankan masa bersama keluarga, mengorbankan masa dengan rakan, mengorbankan masa dengan belajar … kerja saya di Tentera Udara Filipina,” katanya.Dia awalnya datang berlatih di Malaysia pada Februari 2020 kerana jurulatihnya dari Cina, Gao Kaiwen, berpendapat itu lebih baik untuk dirinya jika mahu memberi tumpuan untuk layak ke Tokyo.

Tetapi dalam beberapa minggu berlaku sekatan pergerakan akibat Covid-19 yang menyebabkan Diaz berhadapan dengan situasi di mana gimnasium ditutup, tidak ada akses kepada peralatan angkat berat dan ketidakpastian sama ada sukan itu akan diadakan atau tidak. headtopics.com

Covid-19 screening tests right move to protect Langkawi, says Kedah MB Agong, Raja Permaisuri Agong arrive in London for UK special visit Ada ramai saksi isu RM10 juta - TMJ - Utusan Digital

“Pada mulanya ada banyak kegelisahan, ketakutan, dan kebimbangan kerana kami berada di Malaysia – kami tidak tahu di mana harus tinggal, kami tidak tahu di mana untuk berlatih,” kata Diaz.Selama berbulan-bulan Diaz dan jurulatihnya – “Team HD” – ‘terperangkap’ di sebuah blok pangsapuri di ibu kota Kuala Lumpur di mana mereka harus berhati-hati agar tidak memecahkan lantai berjubin ketika berlatih dengan angkat berat.

Tetapi Diaz yang tidak pernah menyerah kalah dia berjaya mencari masa untuk mengumpulkan wang melalui sesi latihan dalam talian untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada keluarga miskin di kampung halamannya yang menderita akibat pandemik Covid-19.Pada bulan Oktober tahun lalu, Diaz dan pasukannya berpindah ke kawasan perkampung di Jasin, Melaka di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

Diaz menggunakan gimnasium yang terletak berdekatan rumah yang ditumpangnya, tetapi apabila sekatan pergerakan diperketat memaksanya untuk bersenam di tempat letak kereta di rumah tersebut dan terpaksa bertarung dengan cuaca panas di tempat terbuka berbanding latihan di gimnasium yang ada pendingin hawa.

“Setiap kali ada sekatan perjalanan, dunia kami benar-benar terhenti dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dan anda terkejut,” katanya.“Sekiranya saya tidak mempunyai Team HD, saya mengaku tidak akan berada di sini, saya akan pulang ke Filipina.” headtopics.com

Masalah itu memberi kesan kepada Diaz, yang hanya meraih di tempat keempat di Kejohanan Asia di Tashkent pada April, pertandingan pertamanya selepas lebih dari satu tahun. Itu cukup untuk mendapatkannya tempat di Olimpiknya, tetapi jauh dari yang terbaik, akuinya.

Diaz menjalani kuarantin 10 hari lagi setelah kembali, enam hari dikurung di bilik hotel dengan empat hari terakhir di rumah, menggunakan basikal senaman, dumbbell dan gelang getah untuk mengekalkan kecergasan dan kekuatannya.Dia bertekad supaya berada dalam keadaan terbaik untuk Olimpik, yang dibuka dalam masa dua bulan iaitu pada 23 Julai.

Hanis Zalikha derma mainan lama anak - Utusan Digital YOURSAY | In blasting MOU, Shafie missed opportunity to shine Sultan Nazrin appoints Perak council of regency

“Sudah tentu tekanan sangat tinggi… semua orang mengharapkan saya memenangi pingat emas di Tokyo,” katanya.“Saya terima keadaan ini. Saya hanya memberitahu diri saya untuk fokus pada teknik, fokus pada kerja yang akan datang.“Saya tidak mahu berjanji untuk menang emas, saya hanya mahu melakukannya.”

Berlatih di sepanjang jalan yang sibuk, Diaz sering disertai oleh anak-anak tempatan yang ingin belajar bagaimana mengangkat berat.“Saya gembira apabila anak-anak bergabung dengan angkat berat dan mereka menjadi terpesona, begitulah juga saya memulainya,” kata Diaz, yang memulakan dengan mengangkat balang air l18 liter untuk keluarganya semasa kecil.

“Mereka kata saya langsung tidak senyum. Tetapi saya perlu fokus. Kita perlu berlatih,” katanya. Read more: Utusan Online »

Unimap becomes first public university to conduct research on hemp cultivation

ARAU (Bernama) - Universiti Malaysia Perlis (Unimap) has become the first public university in the country to conduct research on hemp (a member of the cannabis sativa plant) as an agricultural product with the potential of being economically developed in the future.

dia ni budak Jasin ke budak Pilipin, konfius kawe Tamparan utk atlet angkat berat M'sia. Tumpang umah org, berlatik kat parking lot.. Peralatan kurang.. Still blh dptkan pingat Inspiring! Mula2 baca tajuk td, rasa nak menjerit gembira Malaysia menang emas, tambahan berlatih di Jasin Melaka tanah kelahiran, bila baca endingnya..😭😭

Atlet kita Hmm atlet kita kurang patriotik kot

Melaka mungkin berdepan 66 kluster baharu - Utusan DigitalSetakat ini, Melaka mempunyai 50 kluster aktif termasuklah Kluster Industri Batu Berendam, Kluster Industri Tunas Baru dan Kluster Industri Kelemak.

Let's go, Pikas: Three more PPVs for Melaka under public-private industry vaccination programmeMELAKA: Three more vaccination centres (PPVs) for workers in the manufacturing and industrial sectors are being considered for the state, says the International Trade and Industry Ministry (Miti). Evil PN trying to make money through pandemic. Right hand give out food aid, left hand take back through sold vaccines

Warga emas maut tercekik buah melaka | Harian MetroLipis: Seorang warga emas maut selepas tercekik buah melaka ketika menjamah kuih berkenaan di rumahnya di Kampung Lentang, di sini, hari ini. wha Kemungkinan warga emas trsebut tidak ada gigi dan susah utk mengunyah sebab kuih ini jenis kenyal. Sama seperti bapa mertua saya. Namun Alhamdulillah tidak membawa maut. Dan sampai sekarang, bapa mertua saya tidak makan kuih ini.

Warga emas, OKU boleh walk-in ke PPV di Melaka, mulai hari ini | Harian MetroMelaka: Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Melaka membenarkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di negeri ini memberikan suntikan vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ atau jumpa terus kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima janji temu, mulai hari ini. This is great! Hope Johor which is in hike COVID cases also has similar setup. TMJ hasni johor

Elderly and disabled can walk-in to any public PPV in Melaka for vaccinationMELAKA (Bernama): All public vaccination centres (PPV) in Melaka are allowed to accept 'walk-in” among senior citizens and people with disabilities (PwDs) who have not received their vaccination appointment to receive the vaccine, effective Monday (July 26). How do they 'walk in' ? It should be drive thru for elderly and disabled.

Warga emas, OKU boleh 'walk-in' ke PPV di Melaka mulai hari ini, kata exco | The Malaysian InsightSetiap PPV hanya boleh memberikan vaksin kepada 50 individu terawal memandangkan bekalan vaksin yang terhad.