Berang kelas bising, guru paksa pelajar makan sampah

Berang kelas bising, guru paksa pelajar makan sampah

27/1/2022 4:16:00 PM

Guru itu menyesali perbuatannya dan sudah pun memohon maaf

Berang kelas bising, guru paksa pelajar makan sampah

Kejadian tersebut berlaku ketika guru yang dikenali sebagai MS itu mengajar murid kelas 4 pada Jumaat lalu dan ketika itu, murid di kelas 3A dilaporkan membuat bising kerana guru kelasnya belum tiba.Tidak selesa dengan keadaan itu, MS pergi ke kelas 3A untuk menegur murid-murid supaya tidak membuat bising, namun keadaan tidak berubah.

Berang tegurannya tidak diendahkah, MS kemudiannya kembali ke kelas tersebut sambil membawa sejumlah sampah.Menurut seorang murid di kelas 3A, MS masuk ke kelas mereka dan menutup pintu dan memaksa para murid makan sampah plastik yang dibawanya.“Dia (guru MS) ambil sampah dan beri kami makan. Sampah itu dia ambil dari tong sampah,” katanya.

Read more: Utusan Malaysia »

Penduduk berang, kolam terbiar jadi tapak pembuangan sampah haramTabiat buruk masyarakat kita, kolam dijadikan tapak pembuangan sampah. Tabiat buruk apabila nampak shj kolam atau saliran air maka ada shj tangan-tangan tidak bertanggungjawab yg merasa selesa untuk membuang sampah ke dalamnya. Perbuatan ini harus dihentikan.

Guru jangan terlalu ‘ekstrem’ berpolitikGuru jangan terlalu ‘ekstrem’ berpolitik Saya yakin guru2 kita tak terfikir nak berpolitik pun. Banyak masalah lain nak fikir. Dah tetibe PM benarkan berpolitik. Dah kenapa?!!!?!

Penduduk berang, kolam terbiar jadi tapak pembuangan sampah haramTabiat buruk masyarakat kita, kolam dijadikan tapak pembuangan sampah. Tabiat buruk apabila nampak shj kolam atau saliran air maka ada shj tangan-tangan tidak bertanggungjawab yg merasa selesa untuk membuang sampah ke dalamnya. Perbuatan ini harus dihentikan.

Kesal pengguna berhentikan kenderaan, buang sampah di bahu Jalan Bukit KukusKesal pengguna berhentikan kenderaan, buang sampah di bahu Jalan Bukit Kukus

Jong-un elak makan keju rahsia jadi kurusJong-un berjaya menurunkan berat badan sekitar 19.9kg dalam masa tiga bulan

1,494 kes pelajar positif Covid-19 di Kedah'Dua kluster tersebut ialah Kluster Dah Sungai Balak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim dan Kluster Dah Mutiara Naga membabitkan sebuah tadika swasta di Kubang Pasu.

BUTON: Seorang guru di Desa Wining, Buton, Sulawesi Tenggara didakwa menghukum 16 orang muridnya dengan makan sampah plastik. Kejadian tersebut berlaku ketika guru yang dikenali sebagai MS itu mengajar murid kelas 4 pada Jumaat lalu dan ketika itu, murid di kelas 3A dilaporkan membuat bising kerana guru kelasnya belum tiba. Tidak selesa dengan keadaan itu, MS pergi ke kelas 3A untuk menegur murid-murid supaya tidak membuat bising, namun keadaan tidak berubah. Berang tegurannya tidak diendahkah, MS kemudiannya kembali ke kelas tersebut sambil membawa sejumlah sampah. Menurut seorang murid di kelas 3A, MS masuk ke kelas mereka dan menutup pintu dan memaksa para murid makan sampah plastik yang dibawanya. “Dia (guru MS) ambil sampah dan beri kami makan. Sampah itu dia ambil dari tong sampah,” katanya. Insiden itu diketahui para ibu bapa murid dan mereka membuat laporan polis. Dalam pada itu, jurucakap sekolah, Musrianto mengesahkan insiden itu dan sudah memberi teguran kepada guru terlibat, selain guru itu juga menyesali perbuatannya. “Kami sudah menegur guru berkenaan dan hasil perbincangan dengan ibu bapa murid, guru itu menyesali perbuatannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku,” ujarnya.