Bekas atlet para Sukma bangkit jadi penghantar barang - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 30 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Walaupun pergerakannya terbatas kerana kecacatan pada kaki, namun Nur Safra tidak malu untuk melakukan pekerjaan itu, malah mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sebulan.

KUALA TERENGGANU: Bekas atlet para Sukan Malaysia 2018, Nur Safra Abdul Halim, 30, memilih kerjaya sementara sebagai penghantar barang sejak setahun lalu bagi meneruskan kelangsungan hidupnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Katanya, perkhidmatan penghantaran yang ditawarkannya berbeza berbanding individu lain kerana dia tidak menetapkan sebarang kadar bayaran, sebaliknya terpulang kepada upah seikhlas hati yang diberikan pelanggan. “Saya bersyukur kerana ramai pelanggan yang tidak berkira dalam memberikan upah, malah mereka sering membayar lebih daripada jumlah sebenar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kekurangan fizikalnya itu berpunca akibat kemalangan jalan raya pada 2010 yang menyebabkan tulang peha hancur dengan hampir tujuh tahun bergerak menggunakan kerusi roda.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.