Portal Good Morning America melaporkan Molly dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram , hasil embrio dibekukan daripada penderma yang kemudian dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari lalu.Menurut kakitangan penyelidikan di Perpustakaan Perubatan Preston Universiti Tennessee, Amerika Syarikat , embrio itu adalah yang paling lama dibekukan.
Justeru, kelahiran Molly memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh kakak kepada bayi itu, Emma Wren Gibson yang dilahirkan dengan kaedah sama, pada 2017. Embrio Emma dibekukan selama lebih 24 tahun bersama embrio adiknya yang menjadikan mereka sebenarnya 'adik-beradik genetik.' "Ketika Tina dan Benjamin kembali untuk menjalani pemindahan embrio, saya gembira kerana masih ada embrio daripada penderma sama yang mendermakan embrio Emma.
"Ini jelas menunjukkan teknologi yang digunakan bertahun-tahun yang lalu dapat memelihara embrio itu untuk tempoh jangka panjang," kata Pengarah dan Ahli Embriologi Makmal Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan , Carol Sommerfelt. - Agensi
Dlm Islam aku percaya Allah akan tiupkan roh pd janin sebelum ia hidup dan dilahirkan... So, aku x percaya...
Women captain america
Glory to sains
Msj ni jgn dibaca dek Nur Izzati ni
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.