Banjir dijangka pulih, tiada episod hujan lebat di Terengganu hingga 9 Disember - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pengarah Pejabat Meteorologi negeri, Rosli Zakaria berkata, ramalan terkini menunjukkan tiada episod hujan lebat berterusan dikesan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda tiga daerah di Terengganu sejak kelmarin dijangka pulih mulai hari ini.

“Episod hujan lebat berterusan dijangka bermula semula pada Khamis depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, jumlah mangsa banjir menurun mendadak kepada 52 orang berbanding 140 orang yang direkodkan pagi ini susulan keadaan cuaca yang beransur baik.

Katanya, setakat pukul 12 tengah hari ini, hanya empat pusat pemindahan sementara yang beroperasi dengan dua dia Kuala Nerus serta masing-masing satu di Setiu dan Besut. “Jumlah mangsa semakin berkurangan dan tiga PPS di Setiu iaitu Masjid Chalok Kedai, Masjid Gong Terap dan Balairaya Kampung Bukit Mak Som ditutup sepenuhnya bermula pukul 8.30 pagi ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.