Banjir: 361 mangsa di Terengganu

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 24 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 13%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaTerengganu Situasi banjir di Terengganu pada 8 pagi ini tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 361 orang daripada 90 keluarga.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, jumlah pusat pemindahan sementara juga kekal 12 pusat di empat daerah iaitu enam di Kuala Nerus, empat di Dungun, satu di Marang dan satu di Kuala Terengganu.

"Jumlah mangsa di tiga daerah iaitu Dungun, Marang dan Kuala Terengganu pula kekal tidak berubah seperti malam tadi iaitu di Dungun, 81 orang daripada 19 keluarga masih berada di empat PPS. Selain itu, Che Adam berkata, cuaca di dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Kuala Nerus juga semakin baik pagi ini.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan stesen bacaan di dua sungai di Terengganu sudah melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.