London

London

Banduan bunuh penjenayah pedofil, akui seronok lakukannya

London: Seorang banduan didapati bersalah, hari ini, bagi pertuduhan membunuh Richard Huckle, penjenayah pedofil warga Britain yang mencabul beratus kanak-kanak .

24/11/2020 10:52:00 AM

London Seorang banduan didapati bersalah, hari ini, bagi pertuduhan membunuh Richard Huckle, penjenayah pedofil warga Britain yang mencabul beratus kanak-kanak .

London : Seorang banduan didapati bersalah, hari ini, bagi pertuduhan membunuh Richard Huckle, penjenayah pedofil warga Britain yang mencabul beratus kanak-kanak .

Keputusan itu dibuat selepas empat hari kes berkenaan dibicarakan.Ketika perbicaraan bermula minggu lalu, Alistair mengatakan serangan pada 2019 itu dilakukan untuk merendahkan Huckle yang disifatkan Fitzgerald sebagai penjenayah pedofil paling teruk.

Covid-19: New record of 4,029 daily cases, eight fatalities bring death toll to 594 Explosion at Pasir Gudang factory kills one, two injured Penjenayah takut bini

Huckle adalah pesalah pedofil yang sebelum ini mencuri perhatian media antarabangsa dan sudah diadili di United Kingdom (UK) kerana penderaan seksual dilakukan terhadap kanak-kanak.Ketika membunuh Huckle, Fitzgerald menjerut leher lelaki itu dengan kabel elektrik, memasukkan pen ke otaknya dan objek tumpul ke anggota badan yang lain.

Alistair dalam penghakimannya menjelaskan Fitzgerald memberitahu doktor bahawa dia menyerang Huckle secara seksual, walaupun tidak tertarik dengannya.Fitzgerald mendakwa mahu Huckle merasai kesengsaraan dihadapi oleh kesemua mangsa.Menurut Fitzgerald, Huckle melakukan keganasan lebih daripada sekadar memperkosa mangsanya iaitu dengan memasukkan objek ke dalam alat sulit mangsa. headtopics.com

Mahkamah diberitahu, Fitzgerald membawa sejumlah objek ke sel Huckle di penjara Full Sutton East Yorks termasuk senjata dibuat olehnya seperti sikat dengan skru dan barangan untuk mengikat tangan dan kaki mangsa."Ini adalah serangan yang dirancang dengan cermat dan Huckle dijadikan sebagai sasaran untuk mengaibkan dan merendahkannya.

"Defendan memberitahu kakitangan penjara yang dia puas dan akan terus membunuh banduan lain kerana seronok melakukannya."Fitzgerald bagaimanapun menafikan keadaan kesihatannya yang mengalami gangguan personaliti, psikopati dan kecelaruan jantina mempengaruhi tindakannya," kata Alistair.

Fitzgerald berkata, masalah dihadapi menyebabkannya gagal mengawal diri dan melihat individu lain sebagai manusia biasa."Saya tidak menghargai, peduli atau berasa buruk kerana menyakiti individu lain. Malah, saya tidak menyesal atas apa yang pernah dilakukan," katanya.

Huckle yang dihukum penjara kerana mencabul lebih 200 kanak-kanak di luar negara ditemui mati di penjara Full Sutton, East Yorks pada 13 Oktober tahun lalu.Huckle ditikam hingga mati dengan pisau buatan sendiri.Lelaki itu mengaku bersalah atas 71 tuduhan mencabul lebih 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja ketika menjadi guru bahasa Inggeris. headtopics.com

Covid-19: Cases up by 3,211, bringing total to 151,066 (updated daily) Man found dead in car with son still beside him in Bayan Lepas Jeffrey Kitingan discharged from hospital after recovering from Covid-19

Aktiviti Huckle dikesan selepas dia memuat naik tindakan itu di Internet dan ditahan ketika pulang ke Britain pada 2014.Huckle juga menjual video lucah kanak-kanak di 'dark web' untuk mendapatkan mata wang Bitcoins dan turut membuat laman sesawang cara-cara untuk mencabul mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 3:45 PM Read more: Harian Metro »

Malaysian team turns pineapple waste into disposable drone parts

Malaysian researchers have developed a method to transform the fibre found in normally discarded pineapple leaves to make a strong material that can be used to build the frames for unmanned aircraft, or drones.

uish mcm tgk film bila aku bace berita ni 🤣